Al-Anbiyaa’ (21) : 28
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
Al-Anbiyaa’ (21) : 28 (Blok: 26-28)
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
TAFSIR 1
Allah mensifati Zat-Nya, (Dia (Allah) mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka). Firman Allah swt (Dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai (Allah)) senada dengan ayat-ayat (Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya) (QS Al-Baqarah, 2: 255) (Dan syafaat (pertolongan) di sisi-Nya hanya berguna bagi orang yang telah diizinkan-Nya (memperoleh syafaat itu)) (QS Saba, 34: 23) Maksud firman Allah (Kerana takut kepada-Nya) adalah kerana ketakutan para malaikat ini terhadap Sang Khalik maka mereka (Selalu berhati-hati) iaitu selalu berhati-hati.
Rujukan: 1999: 690 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini masih terkait dengan tuduhan orang musyrik yang mengatakan bahawa malaikat itu anak Allah. Mereka (para malaikat) itu tidak mendahului Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya. Syafaat adalah usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan sesuatu mudarat bagi orang Iain. Ada syafaat hasanah (syafaat yang baik) dan syafaat sayyiah (syafaat yang buruk). Syafaat hasanah adalah syafaat yang ditujukan untuk melindungi para sahabat Rasulullah saw dalam berperang menghadapi musuh dan melindungi hak seorang muslim atau menghindarkannya dari sesuatu kemudaratan. Adapun syafaat sayyiah adalah syafaat untuk melindungi orang kafir dalam berperang menghadapi orang mukmin. Orang yang memberikan Syafaat hasanah akan memperoleh pahala dan kemuliaan dari Allah. Sementara orang yang memberikan syafaat sayyiah akan memperoleh tanggung jawab dan dosa.
Rujukan: 2001: 251-253 (Tafsir al-Tabari)