Al-Baqarah (2) : 233
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
TAFSIR 1
Dijelaskan bahawa ketika seorang perempuan berhalangan untuk menyusui anaknya, ia boleh menyusukan anaknya kepada orang lain. Dalam syariat, hal ini disebut dengan radha'ah. Menyusukan anak tidak selalu dikatakan radha'ah. Dijelaskan dalam syariat, radha'ah hanya terjadi pada usia menyusui, iaitu dua tahun. Jika lebih dari ltu, tidak bisa dikatakan radha'ah. Dengan radha'ah, muncul implikasi hukum, misalnya ibu yang menyusui dan saudara sepersusuannya termasuk dalam kategori orang yang haram dinikahi. Ayat (Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut) bahawa ketika seorang mempercayakan anaknya untuk disusui orang lain, hendaknya ia memberikan upah yang layak. Ayat Juga menegaskan agar kehadiran seorang anak tidak sampai membawa mudarat bagi kedua orang tuanya. Misalnya, jika memang si ibu tidak kuasa untuk menyusui kerana faktor kesihatan atau yang lain, hendaknya ia mencari solusi, diantaranya dengan menyusukan anaknya kepada orang lain dengan membayar sejumlah wang sebagai imbal jasa. Dalam ayat (Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya maka tidak ada dosa atas keduanya) bahawa ketika kedua orang tua bermaksud menyapih anaknya, sementara usianya belum genap dua tahun, maka tidak ada dosa bagi keduanya selama hal itu dibicarakan dengan baik-baik. Di akhir ayat, Allah swt menyerukan kepada hamba-Nya agar sentiasa bertakwa kepada Allah swt dengan memerhatikan aturan-aturan tentang persusuan ini.
Rujukan: 1999: 135-136 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini menjelaskan bahawa para ibu lebih berhak menyusukan anaknya sendiri daripada mengupahkan kepada yang lain, ertinya diperbolehkan dalam kondisi tertentu si anak disusukan kepada yang lain sebagaimana disebut pada QS At-Talaq 65: 6. Adapun penyebutan waktu dua tahun penuh adalah batasan maksima penyusuan di mana si anak dipisah dari ibunya bukan menunjukkan kewajiban para ibu untuk menyusui selama dua tahun penuh. Juga merupakan kewajiban ayah dari si anak itu untuk memberi kebutuhan bayi dan ibunya, berupa makanan, gizi, pakaian dan lain-lain dengan cara yang baik atau dengan cara yang layak menurut kadar keadaan stratanya, apakah ia termasuk orang yang fakir, menengah atau kaya raya. Selanjutnya dijelaskan bahawa Allah tidak membebani seseorang dengan perintah-perintah yang memberatkan, ertinya Allah tidak mewajibkan kaum lelaki memberikan anaknya kecuali apa yang mereka mampu untuk melakukannya dan memperoleh jalan untuk melaksanakannya. Dan jika orang tua berkeinginan untuk menyapih, iaitu memisahkan anak dari menyusui air susu ibu untuk menggantinya dengan asupan gizi lain, maka tidaklah menjadi suatu dosa, kendati hal itu dilakukan sebelum sempurna dua tahun, demi satu kemaslahatan, sebagaimana dikabarkan Ma'mar dari Qatadah. Namun, jika kalian ingin memberikan susuan anak kalian kepada orang lain selain dari ibu mereka atau jika ibu mereka menolak menyusui atau kerana air susu ibunya tidak keluar, maka berikanlah kepada orang lain dengan mengupahnya, hal itu tidak menjadi suatu dosa.
Rujukan: 2001: 199-246 (Tafsir al-Tabari)