Al-Baqarah (2) : 17
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
HADISNYA
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri r.a "Bahawa beberapa orang muna?k pada masa Rasulullah saw selalu tidak ikut serta bila Nabi saw pergi berperang. Mereka bergembira dengan tidak ikut serta mereka bersama Rasulullah saw. Lalu, apabila Nabi saw telah kembali, mereka mengemukakan alasan kepada beliau sambil bersumpah dan berharap mendapatkan pujian dengan apa yang tidak mereka buat. Lalu, turunlah ayat (Janganlah sekali-kali kamu menyangka, bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka mereka akan terlepas dari seksa)."
No Hadis: 4981
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)