Al-Baqarah (2) : 228
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
TAFSIR 1
Ayat ini menjelaskan iddah seorang perempuan yang diceraikan suaminya. Disebutkan, jika perempuan itu sudah digauli maka iddahnya tiga kali haid (quru?). Jika iddahnya usai dan ia tidak dirujuk (dalam talak raj?i), ia boleh menikah dengan lelaki-lelaki lain. Para ulama berzeda pendapat tentang makna quru?. Sebahagian berpendapat, quru? bererti haid. Jadi, jika dikatakan iddahnya tiga quru?, ini bermakna tiga kali haid. Dalam ayat (Tidak boleh bagi mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahim mereka) bahawa haid menjadi tanda menentukan mulai dan habisnya masa iddah. Kalimat (jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat) merupakan seruan agar para isteri yang diceraikan mengatakan fakta dengan jujur kerana berkaitan erat dengan syariat Allah swt. la tidak boleh berdusta, misalnya mengawalkan waktu haid atau mengakhirkannya. Firman Allah (Dan para suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka dalam (masa) itu jika mereka menghendaki perbaikkan) bahawa suami isteri boleh melakukan rujuk jika isteri yang diceraikannya tersebut masih dalam masa iddah. Firman Allah (Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka) bermakna seorang suami mempunyai kelebihan dibandingkan isterinya. Ada kelebihan suami yang tidak dimiliki oleh isteri, misalnya dari segi fisik, posisi, nafkah dan ketaatan. Suami adalah ketua rumah tangga yang bertanggungjawab untuk memberikan rasa aman dan pengayoman kepada anggota keluarganya.
Rujukan: 1999: 131-132 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini menerangkan bahawa wanita-wanita yang dicerai suaminya, ketika isteri-isteri itu berkehendak untuk bersuami lagi, maka hendaknya bisa menunggu selama tiga kali quru?. Pengertian quru? ini banyak sekali perselisihannya diantaranya ada yang mengatakan yang dimaksud adalah haid, berdasar kepada riwayat Ar Rabi. Ada banyak sekali pendapat mengatakan tidak boleh menyembunyikan haid dari suami-suami mereka ketika terjadi perceraian dengan maksud membatalkan hak suami untuk kembali kepada mereka. Ada juga pendapat bahawa yang dilarang itu adalah menyembunyikan kehamilan. Bahkan ada beberapa riwayat yang menyebutkan yang dimaksud adalah kedua-duanya seperti yang diriwayatkan Nafi dari Ibnu Umar. Dalam ayat ini pula dijelaskan bahawa para suami mereka lebih berhak untuk mengembalikan perempuan-perempuan itu kepada diri mereka, terlebih pada hari-hari kehamilannya. Sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Abi Thalhah dari Ibnu Abbas. Di akhir ayat, Allah menjelaskan bahawa para perempuan yang dicerai itu mempunyai hak untuk diperlakukan baik dan lemah lembut dari suami yang menceraikannya sebagaimana Allah mewajibkannya atas para suami untuk melakukan itu.
Rujukan: 2001: 87-119 (Tafsir al-Tabari)