Al-Baqarah (2) : 224
(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
TAFSIR 1
Sumpah merupakan sesuatu yang sacral. Jika seseorang bersumpah ia tidak boleh mengingkarinya. Namun, tidak demikian halnya jika ia bersumpah untuk meninggalkan amal kebaikan. Sumpah seperti ini tidak berlaku dan Allah swt melarang keras. Disebutkan dalam firman-Nya yang lain sebagai berikut. "Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kerabat(nya), orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. (QS An-Nur, 24: 22). Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. "Barang siapa bersumpah atas sesuatu dan ia melihat sesuatu yang lain yang lebih baik daripada sesuatu yang disumpahkan itu, maka hendaknya ia melakukan sesuatu yang lebih baik. Setelah itu, hendaklah ia membayar kafarat atas sumpahnya yang lalu. " Ayat dan hadis ini menjadi dalil bahawa meskipun sumpah merupakan sesuatu yang sakral, jika sumpah itu hanya untuk sesuatu yang tidak dibenarkan oleh syariat maka dapat digugurkan.
Rujukan: 1999: 130 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat ini adalah jangan menjadikan nama Allah sebagai kekuatan bagi sumpah-sumpah untuk tidak melakukan kebajikan, tidak melakukan ketakwaan dan tidak ngadakan ishlah di antara manusia. Akan tetapi apabila seseorang di antaranya bersumpah. Lalu ia melihat sesuatu yang lebih baik dan sumpah itu maka langgarlah sumpah itu. Berbuatlah kebajikan, bertakwalah kepada Allah dan ishlah-kanlah di antara manusia, serta bayarlah tebusan sumpahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar apa yang dikatakan oleh orang yang bersumpah dengan menggunakan nama Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui yang ghaib dan apa yang tersembunyi dalam hati. Ayat ini juga sebagai ancaman dari Allah. Allah berfirman "Wahai manusia, hendaklah kamu takut kepada-Ku. Kamu menampakkan lisan dengan ucapan atau badan dengan perbuatan terhadap sesuatu yang dilarang oleh Aku ataupun kamu sembunyikan di dalam hati-hati dan kamu tetapkan padanya kemahuan dan niat melakukan sesuatu yang Aku larang kerana itu kamu berhak mendapatkan seksa dari-Ku yang telah Aku terangkan kepada kamu. Sesungguhnya Aku akan membukakan semua perbuatan yang kamu tampakkan dan yang kamu sembunyikan."
Rujukan: 2001: 640-580 (Tafsir al-Tabari)