Maryam (19) : 54
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.
TAFSIR 1
Ini adalah pujian Allah terhadap Ismail bin Ibrahim a.s. Dia adalah ayah seluruh kaum Arab Hijjaz dan dia orang yang benar janjinya. Berkata Ibnu Juraij, "la (Ismail) tidak pernah berjanji kepada Tuhannya kecuali menepatinya," yakni tidaklah ia bernazar sehingga mewajibkannya untuk melakukan suatu ibadah kecuali ia akan melaksanakan dan menunaikan ibadah nazar tersebut. Menepati janji adalah sebahagian sifat-sifat terpuji. Sebaliknya, berkhianat adalah sebahagian dari sifat tercela. Allah berfirman sebagai berikut. Firman Allah (Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (ltu) sangatlah dibenci di Sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan). (QS As-Saff, 61: 2-3) Rasulullah bersabda, "Ciri orang munafik itu ada tiga: jika berbicara ia berdusta, jika berjanji ia ingkar serta jika dipercaya ia khianat. Sifat-sifat orang munafik bertentangan dengan sifat-sifat orang beriman. Allah memuji hamba dan rasul-Nya Ismail yang selalu menepati janjinya. Begitu juga Rasulullah saw Yang selalu benar akan janjinya, ia tidaklah berjanji sesuatu kepada orang Iain kecuali menepatinya. (Dia benar-benar seorang yang benar janjinya, seorang rasul dan nabi) ayat ini menunjukkan lebih mulianya darjat Ismail dibandingkan saudaranya Ishaq kerana Ishaq disifati nubuwwah (sebagai nabi) saja sedangkan Ismail disifati dengan nubuwwah (sebagai nabi) dan risalah (sebagai rasul).
Rujukan: 1999: 659-660 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat ini, Allah swt seolah berfirman kepada Rasulullah saw, Wahai Muhammad! Ingatlah apa yang ada dalam kandungan kitab ini, tentang Ismail bin Ibrahim, ceritakanlah khabar tentangnya kepada umatmu, ia adalah seorang yang tidak pernah berbohong akan janji dan tidak pernah pula menyalahinya, jika berjanji kepada Tuhan atau sesama hamba, ia selalu menepatinya. Ibnu Wahb meriwayatkan kepada kami ia berkata, Amr bin Al Harits mengkhabarkan kepada kami, bahawasannya Sahl bin Uqail menceritakan kepada Amr bin Harits, bahawasannya Ismail pernah berjanji bertemu dengan seseorang di suatu tempat, ia datang ke tempat itu tapi rupanya orang yang telah berjanji dengannya lupa dan tidak datang tapi Ismail terus menungggunya sampai orang itu datang di keesokan harinya, Ialu Ismail berkata kepadanya, Kamu tidak datang kemarin? la menjawab, Sungguh aku lupa. Tapi Ismail berkata, "Aku juga tidak menginap, aku datang ketika kamu datang." Dengan jawapannya inilah maka ia dicop oleh Allah sebagai orang yang selalu menepati janji dan menjaga perasaan sesama hamba.
Rujukan: 2001: 561-562 (Tafsir al-Tabari)