Maryam (19) : 12
Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
TAFSIR 1
Ayat ini memiliki kata-kata yang tersembunyi. Pada hakikatnya, kalimat tersembunyi ini menuturkan hal berikut, "Zakaria mendapatkan anak yang telah dijanjikan ini, Allah ajarkan kepadanya kitab suci Taurat yang biasa mereka pelajari dari generasi ke generasi, kitab suci yang dijadikan pegangan para hamba yang beriman kepada Allah, yang dengan Kitab itu para nabi yang berserah diri kepada Allah memberikan keputusan atas perkara orang Yahudi, demikian juga para ulama dan pendeta-pendeta mereka. Umurnya ketika itu masih amat kecil. Oleh kerana nikmat agung ini, Allah mengingatkan akan nikmat yang diberikan juga kepada Yahya dan kedua orang tuanya. Allah berfirman (Wahai, Yahya! Ambillah (pelajarilah) Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh) yakni pelajarilah Taurat itu (Dengan sungguh-sungguh) dengan benar dan sungguh-sungguh. Kalimat (Dan Kami berikan hikmah kepadanya (Yahya) selagi dia masih kanak-kanak) yakni kemampuan memahami dan menyerap pelajaran, ilmu, kesungguhan niat, azam, kecenderungan untuk selalu berbuat kebajikan menjadikannya sebagai tabiat dan upaya kerasnya menjadikannya sebuah kebiasaan meskipun ia masih amat kecil.
Rujukan: 1999: 653 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt berfirman, "Ketika Zakaria telah punya anak bernama Yahya, maka berfirmanlah Allah swt kepada Yahya pada hari kelahirannya, 'Wahai Yahya, ambillah pelajaran dari kitab yang diturunkan kepada Musa iaitu Taurat dengan penuh kesungguhan."' Demikian diriwayatkan dari Qatadah bahawa yang dimaksud (Bi quwwah) adalah sungguh-sungguh. Firman-Nya (Dan kami berikan hikmah kepadanya (Yahya) selagi ia masih kanak-kanak) maksudnya adalah Kami beri dia kemampuan memahami kitab Allah swt selagi masih kanak-kanak yang belum baligh. Dari Muammar, diceritakan bahawa anak-anak kecil berkata kepada Yahya, "Mari bermain bersama kami." Yahya menjawab, "Aku tidak diciptakan untuk main-main." Maka Allah swt pun menurunkan (Dan kami berikan hikmah kepadanya (Yahya) selagi ia masih kanak-kanak)
Rujukan: 2001: 473-475 (Tafsir al-Tabari)