Al-Baqarah (2) : 217
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
TAFSIR 1
Abdul Malik bin Hisyam meriwayatkan suatu hari Rasulullah saw mengutus Abdullah bin Jahsy bin Ri'ab untuk memanen kurma di perkebunan yang terletak antara Mekah dan Thaif. Abdullah bin Jahsy ditemani delapan sahabat Muhajirin. Rasulullah saw memberi selembar kertas berisi pesan yang tidak boleh dibuka sebelum menempuh perjalanan selama dua hari. Setelah menempuh perjalanan dua hari, Abdullah bin Jahsy membuka lembaran tersebut. Isinya pesan Rasulullah saw agar menuju perkebunan kurma yang sedang dipanen kaum kafir. Dalam pesan tersebut, Rasulullah saw memberikan dua pilihan, apakah meneruskan perjalanan atau kembali. Para sahabat sepakat meneruskan perjalanan. Sesampainya di sana mereka mendapati keldai kaum kafir sedang mengangkut barang dagangan. Melihat rombongan Abdullah bin Jahsy, kaum kafir mendekat dengan gelagat sinis. Abdullah bin Jahsy dan kawan-kawan bingung hendak berbuat apa, apakah menyerang atau diam saja. Setelah berpikir, mereka membulatkan tekad menyerang dan mengambil harta musuh. Dalam pertempuran, Waqid bin Abdullah berhasil membunuh Amar bin Hadzrami. la kemudian menawan Utsman bin Abdullah dan Hakam bin Kisan. Peristiwa ini terjadi akhir bulan Rajab. Ketika mereka kembali dengan harta rampasan dan dua orang tawanan, Rasulullah saw bersabda bahawa beliau tidak memerintahkan mereka berperang pada bulan suci. Beliau lalu mengabaikan dua tawanan dan tidak mengambil sepeser pun harta rampasan itu. Mereka pun salah tingkah melihat sikap Rasulullah saw.
Rujukan: 1999: 124-126 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini menjelaskan para sahabat Rasulullah yang bertanya kepada beliau, tentang bulan haram iaitu Rejab. Apabila pada bulan itu dilakukan peperangan, bagaimanakah hukumnya? Menganggap halal berperang pada bulan haram itu adalah dosa besar menurut Allah. Akan tetapi, menghalangi manusia dari jalan Allah, kafir kepada Allah dan menghalangi manusia dari Masjidilharam lebih besar dosanya di Sisi Allah daripada berperang pada bulan haram. Maksud ayat (Sedangkan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan iaitu penganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan Muslimin lebih besar dosanya daripada membunuh Amr bin Hadhrami pada bulan haram. Pada ayat berikutnya Allah menjelaskan perihal orang-orang yang telah terpengaruh oleh fitnah itu sehingga ia meninggalkan agamanya iaitu (Barang siapa murtad diantara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya).
Rujukan: 2001: 640-660 (Tafsir al-Tabari)