Al-Kahfi (18) : 94
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
TAFSIR 1
Allah swt mengkhabarkan bahawa Zulkarnain tidak hanya pergi ke hujung Bumi arah barat dan timur, ia juga pergi menuju negeri ke tempat Yakjuj dan Makjuj di timur iaitu suatu tempat di antara dua gunung yang bersampingan dengan lubang di tengah, tempat keluarnya Yakjuj dan Makjuj di tanah Turki. Setiap Yakjuj dan Makjuj keluar dari sarangnya, ia kerap membuat kerosakan di komunitas penduduk setempat, menghancurkan ladang dan sawah. Yakjuj dan Makjuj juga dari keturunan Nabi Adam sebagaimana yang dikhabarkan hadis sahih. "Allah sungguh pernah berkata kepada Adam, 'Wahai Adam!' Adam menjawab, 'Aku menyambut panggilan-Mu dan taat kepada-Mu. ' Allah berfirman, '(Pada hari itu) Setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan puluh sembilan ke neraka dan satu ke syurga. Hari itu, anak kecil akan beruban dan setiap perempuan hamil akan gugur kandungannya kerana ada dua bangsa dari umatmu yang akan memperbanyak calon penghuni neraka dialah Yakjuj dan Makjuj.' Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah saw bersabda, "Anak Nuh ada tiga, Sam: nenek moyang bangsa Arab, Ham: nenek moyang bangsa hitam (Ethiopia) dan Yafits: nenek moyang bangsa Turki." Para ulama berpendapat bahawa umat yang Zulkarnain jumpai adalah keturunan Yafits, nenek moyang bangsa Turki. Konon, mereka disebut bangsa Turki kerana mereka meninggalkan lubang besar di antara dua gunung. Ibnu Jarir meriwayatkan dari Atha yang menukil pendapat Ibnu Abbas r.a, lebih lanjut diceritakan bahawa mereka bersepakat untuk memberikan imbalan yang besar terhadap Zulkarnain. Imbalan yang dikumpulkan dan dipungut oleh setiap orang dari mereka untuk membalas tindakan Zulkarnain membuatkan penutup lubang di pintu Yakjuj dan Makjuj. Namun Zulkarnain menjawab bahawa apa dimilikinya yang berasal dari Allah masih jauh lebih baik dan lebih banyak dari apa yang dapat mereka persembahkan kepadanya. Oleh kerana itu, Zulkarnain meminta kerja sama mereka dengan kekuatan dan alat bantu dari mereka dalam mengupayakan kehendak mereka bersama.
Rujukan: 1999: 648-649 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Penjelasan ayat ini tentang Yakjuj dan Makjuj sebagai kaum perosak adalah kerana perbuatan mereka tiada Iain memakan sesama manusia, pendapat ini diriwayatkan oleh Said bin Abdul Aziz. Dalam satu riwayat disebutkan dari Abu Said Al Khudri, ia berkata Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ada suatu saat tembok untuk Yakjuj dan Makjuj akan dibuka, mereka keluar kepada segenap manusia "Dalam keadaan sebagaimana Allah firmankan, "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang Tinggi," (QS Al-Anbiya, 21: 96). Mereka akan mengepung Bumi sedang kaum muslimin menepi dan menghindari mereka kembali ke tempat tinggal dan benteng-benteng yang mereka punyai, Yakjuj dan Makjuj mengerumuni mereka. Saking banyaknya, mereka pun meminum air sehingga sebahagian mereka berjalan di atas sungai dan meminum air sungai itu sampai kering, sampai datang orang-orang yang datang kemudian melewati tempat itu berkata, Sungguh disini pernah ada air sehingga tidak tersisa dari satu orang pun terkecuali dia akan bergabung di negeri-negeri atau benteng-benteng." Diriwayatkan Abu Said Al Khudri juga, ia berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada seorang pun dari mereka (Yakjuj dan Makjuj) akan mati terkecuali ia telah melahirkan seratus orang anak lelaki." Kemudian Abu Said menceritakan bahawa Abdullah bin Mas'ud pun merasa hairan dengan jumlah mereka saking banyaknya.
Rujukan: 2001: 353-366 (Tafsir al-Tabari)