Al-Kahfi (18) : 80 (Blok: 79-82)
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
Al-Kahfi (18) : 80 (Blok: 79-81)
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
TAFSIR 1
Ini merupakan tafsir atas setiap tindakan Khidir yang tidak dapat diterima oleh akal Musa ataupun manusia lain. Dimulai dari tindakan yang pertama iaitu pembolongan perahu. Khidir sejatinya tidak mengingkari atas tindakannya yang terlihat secara zahir yakni tindakannya secara zahir ini pada dasarnya tidak dibenarkan, sekali lagi Khidir melakukan hal ini bukan atas kemahuannya tetapi atas ilham Allah jua kerana suatu rahsia di baliknya. Rahsia batin inilah yang tidak diketahui Musa a.s. Khidir menjelaskan bahawa perahu yang ditumpanginya tadi sengaja dibolongi untuk membuatnya cacat dan tidak sempurna seperti sedia kala kerana mereka akan melewati daerah kekuasaan raja yang zalim, di mana ia akan merebut setiap perahu yang baik keadaannya. Khidir hendak membuatnya terlihat tidak sempurna dan cacat sehingga raja zalim tidak mengambil paksa perahu tersebut. Hal ini agar kawanan penduduk yang miskin masih dapat menggunakannya kerana mereka tidak memiliki mata pencaharian apa pun kecuali dengan bantuan perahu tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa para pemilik perahu tersebut adalah anak-anak yatim. Kisah yang kedua adalah tafsir pembunuhan anak lelaki kecil, Ibnu Abbas menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Ubay bin Kaab bahawa Nabi saw bersabda, "Anak lelaki yang dibunuh Khidir suatu hari nanti akan tumbuh menjadi kafir." Qatadah menuturkan, "Kedua orang tua anak lelaki itu merasa amat gembira ketika anaknya lahir dan amat bersedih ketika ia terbunuh. Namun, jika anak lelakinya itu masih hidup tentu itu akan menjatuhkan mereka berdua pada jurang kebinasaan. Maka redhalah seorang mukmin akan ketentuan Allah. Apa yang telah Allah tentukan bagi seorang mukmin meski ia membencinya tetaplah jauh lebih baik daripada ketentuan yang dibuat mukmin sendiri meski ketentuannya itu disukainya." Ibnu Juraij menyatakan, yakni anak yang lebih cerdas dari anak ini dan mereka (orang tua kandungnya) juga lebih mencintai anak itu nanti. Kisah ketiga adalah tafsir kisah penegakkan dinding yang hampir roboh tanpa imbalan. Melalui ayat ini, kita dapat menyatakan bahawa lafaz qaryah dimaknai sebagai kota. Ayat tentang ini, bermakna bahawa dinding yang dimiliki oleh dua anak yatim yang masih kecil di suatu kota. Di bawah dinding tersebut ada harta milik mereka yang belum diketahui, namun diketahui Khidir. Ikrimah dan Qatadah menuturkan bahawa di dalam tanah, tepatnya di bawah dinding yang hendak hancur tersebut, tersimpanlah harta milik mereka berdua. Inilah makna zahir dari ayat tersebut dan ini merupakan pendapat Ibnu Jarir At-Tabari.
Rujukan: 1999: 645-647 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini berbicara tentang klasifikasi Khidir bahawa apa yang dilakukannya mempunyai tujuan dan ia mempunyai pengetahuan tentangnya, pada ayat 79 dia menyatakan bahawa perahu itu adalah milik orang-orang miskin dalam kaum itu yang mereka memperoleh penghasilan hidup di laut, dengan di rosaknya perahu itu, mereka bisa selamat dari tirani raja yang tengah merompak setiap kapal yang berlayar dan kapal-kapal yang dirompaknya adalah kapal-kapal yang masih bagus, dalam erti raja itu tidak mengambil dan merebut semua kapal yang berlayar, pengertian ini disampaikan oleh Ibnu Jarir At-Tabari melalui riwayat Ibnu Mas'ud, Nama raja tirani yang melakukan perampasan kapal-kapal itu adalah Hudah bin Budad, nama ini diperoleh dari riwayat Imam Ahmad dari jalan Hajjaj dari Ibnu Juraij dari Wahb. Perbuatan yang kedua dari Khidir adalah membunuh anak, Khidir mempunyai ilmu bahawa anak itu adalah seorang kafir, namun kedua orang tuanya beriman. Di khawatirkan anak itu akan membuat kedua orang tuanya berbuat sombong dan derhaka kepada Allah. Dan dalam tafsir-tafsir yang lain dijelaskan bahawa Allah akan menggantinya dengan anak yang lebih suci, lebih soleh dan lebih menyayangi kedua orang tuanya. Dalam satu riwayat dijelaskan bahawa kedua orang tua yang dibunuh oleh Khidir, ketika itu mereka tengah berbahagia dengan kelahiran, namun mereka juga bersedih kerana salah satu anaknya telah dibunuh pula, akan tetapi ketika dijelaskan bahawa jika anak itu terus dibiarkan hidup, akan membuat mereka berdua binasa, maka redhalah kedua orang tua itu. Kes yang ketiga adalah penduduk suatu negeri itu enggan menyambut dan menjamunya, sampai ketika Musa dan Khidir menemukan suatu tembok yang hampir roboh lalu Khidir menegakannya kembali dengan alasan bahawa di bawah tembok itu ada harta karun milik dua orang anak yatim kampung itu. Mengenai bentuk harta karunnya sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa itu adalah lembaran-lembaran berisi ilmu. Pentafsiran ini disampaikan oleh Ibnu Abbas, Said bin Jubair dan yang Iainnya. Selain itu, ada juga pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa itu adalah benar-benar harta yang terpendam. Pendapat ini disampaikan oleh Ikrimah. Dan Ibnu Jarir menganggap pendapat ini lebih kuat kerana menurut kebiasaan orang Arab, bahawa kata harta karun itu berupa harta dan pentakwilan kepada selain harta itu berlaku dan terjadi jika ada suatu dalil yang menunjukkan kepada di luar kebiasaannya disebabkan suatu illat yang menghalanginya untuk difahami sebagaimana kebiasaannya.
Rujukan: 2001: 353-366 (Tafsir al-Tabari)