Al-Kahfi (18) : 54
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
TAFSIR 1
Pada ayat di atas, Allah menuturkan bahawa Dia telah menjelaskan kepada manusia berbagai perumpamaan di dalam Al-Quran untuk dijadikan iktibar agar mereka tidak tersesat dari jalan kebenaran atau melencong dari hidayah yang semula Allah kurniakan kepada mereka. Meskipun telah ada penjelasan ini berkali-kali, manusia selalu cenderung suka berbantah-bantahan, suka menentang, berselisih dengan kebatilan terhadap sesuatu yang benar kecuali orang-orang yang Allah selamatkan dan tunjukkan arah kebenaran dan keselamatan. Ali r.a mengisahkan, Rasulullah saw mengetuk pintu mereka (Ali dan Fatimah r.a) pada malam hari dan beliau bertanya, "Tidakkah kalian solat malam?" Ali menjawab, "Wahai Rasulullah, jiwa dan nyawa kami di tangan Allah swt. Jadi, jika Dia hendak menggunakannya dalam kebaikan, tentulah Dia akan melakukannya." Rasulullah saw lalu melangkah pergi meninggalkan mereka tanpa membantahnya. Kemudian Ali r.a mendengar Rasulullah saw berkata dari kejauhan sambil menepuk pahanya, ?Wa kanal insanu aktsara...? hadis ini ditulis juga dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
Rujukan: 1999: 643 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan, "Sungguh Kami telah memberikan berbagai macam perumpamaan dalam Al-Quran ini dan Kami memberikan nasihat serta mendebat mereka dengan segala hujah untuk menjelaskan dan memperingatkan mereka sehingga mahu mengambil ibrah dan pelajaran." Agar mereka mahu sedar dari keadaan mereka selama ini terutama dari berbuat syirik kepada Allah swt dengan menyembah berhala. (Dan manusia adalah memang makhluk yang paling banyak membantah). Allah swt menegaskan, watak manusia itu paling banyak membantah dan membangkang sehingga tidak mahu kembali kepada kebenaran dan tidak mahu sedar terhadap peringatan Allah swt. Yunus meriwayatkan kepadaku, ia berkata, "Ibnu Wahab meriwayatkan ia berkata, 'Ibnu Zaid berkata seputar firman-Nya, (Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah). la berkata, 'Bantahan adalah pembangkangan iaitu pembangkangan setiap kaum terhadap nabi mereka. Mereka membantah setiap wahyu yang datang kepada mereka."' Dia kemudian membaca ayat, ((Orang) ini tidak Iain hanyalah manusia seperti kamu, dia makan dari apa yang kamu makan dan meminum dari apa yang kamu minum) (QS Al-Mukminun, 23: 33) Dia juga membaca ayat, (Sehingga diberikan kepada kami) (QS Al-An'am, 6: 124) dan ayat (Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas) (QS Al-An'am, 6: 7)
Rujukan: 2001: 299-300 (Tafsir al-Tabari)