Al-Kahfi (18) : 9
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
TAFSIR 1
Kali ini Allah menceritakan kejadian dahulu kala yang penuh mutiara ibrah bagi mereka yang mencarinya. Allah menyapa Muhammad, "Apakah kamu mengira wahai Muhammad!" (Bahawa orang yang mendiami gua) yakni peristiwa mereka tidaklah aneh dan sulit dalam neraca kemahakuasaan dan kemahamampuan Kami. Bukankah pula penciptaan langit dan Bumi, malam dan siang, penundukkan matahari, bulan, bintang dan planet-planet merupakan bukti ampuh atas kekuasaan Allah? Sungguh Dia Mahamampu dan Maha Kuasa atas segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Tiada satu pun yang mampu merintangi, apalagi membatasi kemahakuasaan-Nya ini, tidak pula dengan kisah para pemuda gua ini. Makna ini juga dinukil dari Ibnu Juraij dari Mujahid, makna ayat ini adalah sungguh masih banyak tanda dan bukti kekuasaan Allah yang lebih ajaib dan menakjubkan daripada kisah ini. Muhammad bin Ishak menuturkan, "Allah berkehendak di antara bukti kekuasaan-Nya yang paling ajaib dan sulit adalah peristiwa yang terjadi pada sekumpulan pemuda yang tertidur di kahfi dan ar-raqim." Kahfi adalah gua yang berada di dalam gunung. Gua ini dituju dan sengaja didatangi oleh para pemuda yang disebutkan dalam Al-Quran demi berlindung dari kecaman penguasa setempat yang zalim. Sementara raqim sebagaimana tafsiran Ibnu Abbas r.a adalah desa dekat Aila.
Rujukan: 1999: 631 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan kepada Nabi-Nya (Muhammad saw) "Ataukah kamu mengira wahai Muhammad, orang-orang yang mendiami gua yang memiliki Ar-Raqim termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan? Sementara, Aku menciptakan langit dan Bumi berikut segala isinya termasuk perkara yang lebih mengagumkan daripada orang-orang yang mendiami gua itu. Hujah-Ku terhadap semua itu sudah pasti bagi orang-orang yang menyekutukan-Ku dari kaummu dan juga selain mereka dari seluruh hamba-hamba-Ku." Tentang Ar-Raqim, para ahli takwil berbeza pendapat. Sebahagian berpendapat bahawa itu nama kampung atau lembah. Sebahagian menyatakan Al-Kitab. Ali meriwayatkan, "Abdullah meriwayatkan, Muawiyah meriwayatkan dari Ali, dari Ibnu Abbas seputar firman-Nya, (Apakah engkau mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim) dia mengatakan, 'Al-Kitab."' Sebahagian Iain menegaskan bahawa itu nama gunung tempat gua itu didiami. Yang benar adalah pendapat yang mengatakan bahawa yang dimaksud adalah pelepah kurma, batu atau sesuatu yang tertulis padanya sebuah tulisan. Para ulama mengatakan, itu adalah pelepah kurma yang tertulis padanya nama-nama orang yang mendiami gua dan kisah mereka saat berlindung ke gua. Sebahagian Iain menyebutkan, pelepah kurma itu diambil dari lemari raja. Sebahagian lagi menegaskan, pelepah itu bahkan diletakkan pada pintu gua. Sebahagian Iain mengatakan, pelepah itu dihapal oleh sebahagian penduduk kampung mereka.
Rujukan: 2001: 155-161 (Tafsir al-Tabari)