Al-Israa’ (17) : 110 (Blok: 110-111)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
TAFSIR 1
Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw untuk mengatakan kepada orang-orang rnusyrik dan mengingkari sifat rahmat millk Allah swt. Mereka tidak mengakui jika Allah disebut dengan nama Ar-Rahman (Maha Pengasih) dalam setiap doa hamba kepada-Nya kerana tiada berbeza berdoa dengan menggunakan nama Allah dengan Iafaz jalalah (Allah) atau sifat-Nya yang berupa Ar-Rahman kerana Allah memiliki Asma Ul-Husna (nama-nama yang terbaik). Diriwayatkan dari Makbul, seorang kafir mendengar Nabi saw berdoa kepada Allah dalam sujudnya dengan (wahai Ar-Rahman dan Ar-Rahim) kemudian berkomentar, "Dia (Muhammad) mengira dan mengaku bahawa ia hanya menyembah satu Tuhan tetapi tadi ia baru saja menyembah dua Tuhan." Kemudian Allah menurunkan ayat ini. Jika Nabi Muhammad solat Berjemaah Bersama para sahabat, Beliau mengeraskan bacaan Al-Quran. Ketika orang musyrik mendengarnya, mereka mencela Al-Quran. Allah berfirman (Dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam solat) jangan mengeraskan suaramu sehingga orang musyrik mendengar bacaan AI-Quran kemudian mengolok-oloknya. (Dan janganlah (pula) merendahkannya) jangan pula merendahkan suara dari para sahabat sehingga mereka tidak mampu mendengar bacaan Al-Quran. Pada ayat sebelumnya, Allah menetapkan nama-nama terindah (Al-Asma Ul-Husna). Pada ayat berikutnya, Allah menegaskan Dialah Zat Maha Esa, tempat meminta segala sesuatu, tidak beranak dan tidak diperanakkan serta tidak ada satu pun yang setara dengan-Nya.
Rujukan: 1999: 627-628 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan kepada Nabi Muhammad saw, "Katakanlah, wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik dari kaummu yang menolak menyeru Zat yang Maha Pemurah, 'Serulah Allah,' wahai kaum atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asma Ul-Husna (nama-nama yang terbaik) dengan Nama-Nya yang mana saja kalian menyeru Tuhanmu sesungguhnya kalian menyeru Yang Maha Satu dan bagi-Nya Asma Ul-Husna (nama-nama yang terbaik)." Dikatakan demikian kepada Nabi saw dikeranakan orang-orang musyrik pernah mendengar beliau menyeru Tuhannya, "Wahai Tuhan kami, Allah! Wahai Tuhan kami, Ar-Rahman!" Mereka mengira beliau menyeru dua Tuhan. Allah swt lalu menurunkan ayat ini kepada Nabi-Nya sebagai bantahan. Firman-Nya (Dan Katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya). Allah swt menegaskan kepada Nabi-Nya, "Katakanlah wahai Muhammad (Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak) itu bererti diurus bukan pengurus. Sementara, Allah swt adalah Pengurus para pengurus yang tidak layak mempunyai anak (Dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya) yakni lemah sehingga memerlukan pertolongan selain-Nya. Bukan Tuhan jika masih membutuhkan pertolongan lain dan tidak menyendiri mengendalikan kerajaan dan kekuasaan."
Rujukan: 2001: 123-139 (Tafsir al-Tabari)