Al-Israa’ (17) : 110 (Blok: 110-111)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Mirdawaih dari Ibnu Abbas bahawasanya orang-orang musyrik mendengar Rasulullah berdoa dengan menyebut "Ya Allah, ya Rahman..." Mereka berkata "Bagaimana Muhammad ini? Dia berdoa dengan menyebut dua Tuhan sedangkan dia melarang kami berdoa kepada tuhan yang banyak." Lalu turunlah ayat ini. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Muhammad bin Kaab Al-Qurazhi bahawa ayat ini berkenaan dengan orang Yahudi dan Nasrani yang berkata "Allah memiliki anak." Orang-orang Arab berkata "Tuhan bersekutu." Kaum Shabi?in dan Majusi berkata "Tuhan itu hina dan lemah jika tidak ada yang membela." Maka dari itu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)