Al-Israa’ (17) : 88
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
TAFSIR 1
Setelah menjelaskan bahawa Allah telah mengurniakan nikmat besar kepada Nabi-Nya berupa Al-Quran yang mulia, kemudian Dia menjelaskan keutamaan Al-Kitab penutup risalah llahi ini, Allah mengeluarkan tantangan bagi siapa saja dari makhIuk-Nya yang mampu untuk mendatangkan semacam Al-Quran dengan segala upaya. Allah menekankan bahawa meski seluruh manusia dan jin bersatu dan bekerja sama untuk membuat tandingan Al-Quran, tentu mereka tidak sanggup dan tidak akan pernah sanggup. Bagaimana bisa kalam Sang Khalik berupa Al-Quran dibandingkan dengan kalam makhluk-Nya, pastinya tidak akan sama, tidak akan pernah serupa sampai kapan pun.
Rujukan: 1999: 624 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menegaskan dalam firman-Nya, "Katakanlah wahai Muhammad, kepada orang-orang yang berkata kepadamu, (Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Quran.Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan Dia sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." Ayat ini turun kepada Rasulullah saw kerana orang-orang Yahudi membantah beliau seputar Al-Quran. Mereka meminta beliau menciptakan ayat selain Al-Quran sebagai bukti atas kenabiannya (kerana konon mereka mampu menciptakan yang serupa dengan Al-Quran). Diriwayatkan Abu Kuraib, ia berkata "Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata menghadap Rasulullah saw, Mahmud bin Saihan, Nu'man bin Adha, Bahri bin Arnr, Uzaiz bin Abu Uzaiz dan Sallam bin Misykam mereka berkata, 'Beritahukanlah kepada Kami, wahai Muhammad, tentang risalah yang engkau bawa ini! Apakah itu benar-benar bersumber dari Allah swt? Sungguh Kami tidak melihat keserasian AI-Quran seperti keserasian (ayat-ayat) Taurat'. Rasulullah saw menjawab, 'Demi Allah, sebenarnya kalian mengetahui Al-Quran berasal dari Allah swt dari Taurat yang ada pada kalian. Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul membuat yang serupa Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuatnya."'
Rujukan: 2001: 75-77 (Tafsir al-Tabari)