Al-Israa’ (17) : 88
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Ishak dari Said atau dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, dia berkata "Ibnu Misykam mewakili sekelompok orang Yahudi mendatangi Rasulullah saw. Mereka berkata 'Bagaimanakah kami mengikutimu sedang kamu (Muhammad) telah meninggalkan kiblat kami dan Al-Quran ini yang kamu bawa tidak selaras dan serapi Taurat yang kami punyai? Kerana itu, turunkan dan bawalah kepada kami kitab yang bisa kami kenali. Jika kamu tidak mampu, kami akan datang kepadamu dengan membawa kitab yang sebanding dengan yang kamu bawa.' Kemudian Allah menurunkan ayat 88 ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)