Al-Israa’ (17) : 78 (Blok: 76-85)
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair bahawa ayat ini berkenaan dengan segolongan kaum Yahudi yang mengatakan kepada Rasulullah "Jika engkau benar-benar seorang utusan Allah, taklukkanlah Syam sebagai negeri Hasyr dan negeri para nabi-nabi Allah." Beliau kemudian melakukan misi Perang Tabuk untuk menaklukkan Syam, ketika Rasulullah telah sampai di Tabuk, Allah menurunkan ayat ini. Allah memerintahkan Rasulullah untuk kembali ke Madinah. Hadis ini mursal tetapi mempunyai syahid dari beberapa hadis lainnya. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Ibnu Mas?ud, dia berkata "Pernah suatu kali, saya berjalan bersama Rasulullah di Madinah. Kemudian kami lewat di hadapan beberapa kelompok orang dari kaum Quraisy. Sebahagian dari mereka berkata-kata 'Mengapa kalian tidak bertanya sesuatu kepadanya?' Kemudian, mereka bertanya. 'Ceritakanlah kepada kami tentang hakikat roh.' Rasulullah berdiri sebentar dan mengangkat kepalanya. Aku mengetahui bahawa tengah turun wahyu kepada beliau. Tatkala selesai, beliau pun membacakan ayat 85 ini." At-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata "Orang-orang Quraisy berkata kepada orang-orang Yahudi 'Beritahu kami sesuatu yang bisa kami tanyakan kepada Muhammad.' Mereka menjawab 'Tanyakanlah kepadanya tentang roh.' Kemudian orang-orang Quraisy itu menanyakannya kepada beliau. Lalu turunlah ayat ini." Ibnu Katsir berpendapat untuk memakai kedua riwayat ini kerana banyaknya penyebab turunnya ayat ini. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Ibnu Hajar.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)