Al-Israa’ (17) : 73
وَإِنْ كَادُوا لَيَفْتِنُونَكَ عَنِ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ لِتَفْتَرِيَ عَلَيْنَا غَيْرَهُ وَإِذًا لَاتَّخَذُوكَ خَلِيلًا
Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.
TAFSIR 1
Allah mengkhabarkan kepada Nabi Muhammad saw bahawa Dia akan selalu memberikan pertolongan, peneguhan hati dan penjagaan-Nya terhadap Rasulullah saw dari kejahatan penjahat dan kelicikan musuh Allah swt kerana hanya Dialah yang mengatur urusan Nabi Muhammad saw sekaligus menjaga-Nya. Allah mengatakan bahawa Dia tidak menyerahkan penjagaan Muhammad saw kepada satu pun makhluk-Nya kerana Dia Maha Penolong, Dia penjamin kemenangan, Dia pula yang meninggikan risalah yang dibawa Muhammad dalam melawan seluruh makhluk yang somobong terhadap Allah Sang Pencipta swt di seluruh penjuru dunia, timur dan barat. Semoga Allah memberi keselamatan yang melimpah kepada Rasulullah saw sehingga akhir zaman.
Rujukan: 1999: 620 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ahli takwil berbeza pendapat perihal kelakuan orang-orang musyrik sehingga nyaris memalingkan Rasulullah saw dari apa yang telah diwahyukan Allah kepada beliau. Sebahagian ulama berpendapat, itu isyarat ilahiyah. Kerana orang-orang musyrik memang menyeru pada soal tersebut sehingga membuat Rasulullah saw ragu. Al-Qasim meriwayatkan, "Al-Husain, meriwayatkan kepadaku dan Hajjaj dari Ibnu Juraij dari Mujahid, ia berkata ?Datangkanlah Tuhan Kami sehingga Kami dapat menyentuhnya? Sebahagian Iain menyatakan, Rasulullah hanya ragu atas keislaman kaumnya saat melihat apa yang mereka minta kepada beliau. Yang benar adalah sesungguhnya Allah memberitahukan kepada Nabi Muhammad saw bahawa orang-orang musyrik hampir saja memalingkan beliau dari apa yang diwahyukan kepada beliau untuk memperbuat perkara selain wahyu. Ini tidak Iain upaya mereka untuk memperdayai Allah. Semua pendapat di atas boleh jadi mungkin tetapi tidak ada keterangan dalam Al-Quran atau hadis yang memutuskan secara tegas hal ini. Tidak ada yang lebih benar selain mengimani zahir ayat sehingga ada hadis yang mewajibkan tunduk terhadap satu penjelasan. Allah menegaskan, "Seandainya engkau memenuhi apa yang mereka minta kepadamu dari perkara yang memalingkan kamu dari apa yang Kami wahyukan kepadamu, mereka menjadikanmu sebagai teman setia dan kamu merupakan kekasih mereka."
Rujukan: 2001: 13-15 (Tafsir al-Tabari)