Al-Baqarah (2) : 203
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
HADISNYA
Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash r.a, dia berkata "Pada haji Wada, Rasulullah saw pernah berhenti di daerah Mina agar para sahabat dapat bertanya kepada beliau. Kemudian datanglah seorang lelaki bertanya 'Wahai Rasulullah! Tanpa sedar aku telah bercukur sebelum menyembelih korban'. Beliau menjawab 'Tidak apa-apa, sembelihlah korbanmu!' Kemudian datang lagi lelaki lain bertanya 'Wahai Rasulullah! Tanpa sedar aku telah menyembelih korban sebelum melontar'. Beliau menjawab 'Tidak apa-apa, melontarlah!' Dia (Abdullah bin Amru bin Ash) melanjutkan 'Setiap kali Rasulullah saw ditanya tentang suatu perkara yang didahulukan atau diakhirkan. Beliau menjawab, 'Tidak apa-apa, kerjakanlah!'"
No Hadis: 2301
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)