Al-Baqarah (2) : 201
Doanya:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maknanya: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka
Keterangannya: Ayat sebelum ini menjelaskan cara-cara mengerjakan ibadat (manasik) haji. Allah memerintahkan supaya sebaik sahaja kerja-kerja haji di Arafah disempurnakan hendaklah berzikir mengingati Allah semata-mata. Ayat ini pula menjelaskan cara-cara berdoa, bahawa ada di kalangan manusia itu berdoa memohon kebaikan di dunia sahaja, sedangkan ada yang lain memohon kebajikan di dunia dan juga akhirat, dan kedua-dua inilah sebaik-baik doa. Dari ayat ini juga dapat disimpulkan bahawa doa itu hendaklah didahului dengan zikir, dan zikir itu dilakukan setelah sempurna sesuatu ibadah. Beribadah, kemudian berzikir dan barulah berdoa.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)