Al-Israa’ (17) : 46
Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.
TAFSIR 1
Lafaz (Tertutup) pada ayat ini adalah berbentuk plural dari kinan, yakni semacam penghalang yang menutup nurani. Adapun kata Ianjutannya (Agar mereka tidak dapat memahaminya) merupakan implikasinya iaitu bahawa mereka tidak mampu menangkap isi dan hidayah Al-Quran. Firman Allah swt, (Dan telinga mereka tersumbat agar mereka tidak dapat memahaminya) bermakna penyumbatan nonmateri yang menyebabkan mereka terhalang untuk memetik manfaat dan hidayah dari lantunan ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan. Allah melanjutkan firman-Nya dengan apabila engkau menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran, (Dan mereka berpaling kebelakang melarikan diri (kerana benci)) Kelanjutan ayat tersebut bermakna bahawa jika Nabi Muhammad saw menyebut Tuhan Yang Esa ketika membaca Al-Quran dan berkata la ilaha illallah. Lafaz (Mereka berpaling) bermakna bahawa orang-orang kafir akan berpaling atau pulang masing-masing ke rumahnya. Lafaz (MeIarikan diri) pada ayat, (Mereka berpaling ke belakang melarikan diri (kerana benci)) merupakan bentuk plural dari nafir, serupa dengan lafaz qu'ud yang berbentuk singular dari qa'id. Selain itu juga terbuka kemungkinan lain bahawa lafaz (Melarikan diri) merupakan bentuk masdar yang tidak memiliki dasar dari kata kerja awal. Allahu a'lam.
Rujukan: 1999: 614 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat ini Allah menegaskan ?Kami menutup hati orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat ketika dibacakan olehmu (Muhammad) Al-Quran kepada mereka. Ini merupakan hukuman dari Allah akibat mereka selalu menghindar dari memahami ayat yang dibacakan kepada mereka.? Allah juga menegaskan, "Kami telah menyumbat telinga-telinga mereka dari mendengar ayat Al-Quran sehingga tuli." (Dan apabila engkau menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran) iaitu jika dibacakan kalimat la ilaha illallah dalam Al-Quran (Mereka berpaling ke belakang melarikan diri (kerana benci)) maksudnya mereka memalingkan muka dan melarikan diri dari hadapanmu kerana bacaanmu itu (iaitu saat mengagungkan dan mengesakan Allah swt). Ibnu Zaid berkata, firman Allah swt (Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan musuh yang nyata bagi manusia) maksudnya mereka membenci apa yang tengah dibicarakan sehingga mereka tidak mahu mendengarkannya. Seperti halnya kaum Nabi Nuh a.s yang menutupkan jari ke telinga mereka agar tidak mendengar apa yang diperintahkan kepada mereka. Mereka melipatkan baju dan menutupkan jari di telinga mereka agar mereka tidak mendengar dan tidak terlihat. Ada juga yang berpendapat bahawa makna kalimat ini adalah syaitan yang selalu melarikan diri dari bacaan Al-Quran dan zikir kepada Allah.
Rujukan: 2001: 609-611 (Tafsir al-Tabari)