Al-Israa’ (17) : 28 (Blok: 28-29)
وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِنْ رَبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُلْ لَهُمْ قَوْلًا مَيْسُورًا
Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
ASBAB 1
Said bin Manshur meriwayatkan dari Atha Al Khurasani, dia berkata bahawa suatu ketika ada seseorang dari bani Muzainah yang datang kepada Rasulullah untuk meminta sesuatu. Rasulullah bersabda "Aku tidak membawa sesuatu pun yang bisa aku berikan kepada kalian." Lalu mereka berpaling seraya mata mereka berlinang air mata, bersedih. Mereka menyangka Rasulullah sedang marah. Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)