Al-Israa’ (17) : 1
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
TAFSIR 1
Allah memuliakan diri-Nya dan mengagungkan Zat-Nya atas kekuasaan-Nya yang tidak dimiliki siapa pun selain diri-Nya. Maka, tidak ada Tuhan dan Rabb yang patut disembah selain Dia. Allah berfirman (Yang telah memperjalankan hamba-Nya) hamba yang dimaksud adalah Muhammad saw (Pada malam hari) bermakna pada sebahagian waktu malam. Kalimat ini dilanjutkan dengan, (Dari Masjidilharam) iaitu masjid di Mekah. Kalimat (Ke Masjidilaqsa) dimaksudkan pada Baitulmaqdis yang berada di Eilia, tempat diutusnya para nabi semenjak Nabi Ibrahim a.s. Ketika Rasulullah sampai di Masjidilaqsa, beliau disambut oleh para nabi dan rasul untuk melaksanakan solat. Rasulullah saw mengimami mereka di tanah kelahiran dan tempat tinggal mereka itu. Hal tersebut menunjukkan bahawa Nabi saw adalah seorang imam yang paling agung dan pemimpin yang paling dimuliakan di antara yang Iainnya. Semoga selawat dan salam selalu tercurah kepada Muhammad saw dan kepada seluruh nabi dan rasul. Maksud firman-Nya (Yang telah Kami berkahi sekelilingnya) adalah untuk tanam-tanaman dan buah-buahan. Kata (Agar Kami perlihatkan kepadanya) ditujukan kepada Muhammad. Kalimat selanjutnya, (Sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami) iaitu keagungan Kami. Maksud firman-Nya (Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat). Allah Maha Mendengar perkataan hamba-Nya, yang beriman mahupun kafir, yang membenarkan kebesaran-Nya mahupun mendustakan-Nya. Allah Maha Melihat sehingga Dia memberikan masing-masing mereka balasan apa yang seharusnya mereka dapatkan di dunia dan akhirat.
Rujukan: 1999: 595-602 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad)) merupakan upaya menyucikan Zat yang mengisrakan hamba-Nya dan upaya membersihkan sifat-sifat yang disandingkan orang-orang musyrik kepada Allah bahawa Allah memiliki sekutu, pendamping dan keturunan. Ini terjadi kerana kejahilan dan kekeliruan keyakinan mereka. (Pada malam hari) yakni sebahagian malam. (Dari Masjidilharam) menurut sebahagian ulama maksudnya tanah haram kerana tanah haram semuanya masjid. Sebahagian lain menegaskan, yang dimaksud Masjidilharam. Pendapat yang benar, bahawa Dia memperjalankan hamba-Nya dari Masjidilharam dan Masjidilharam dikenal orang ketika kalimat ini disebutkan. Firman-Nya (Ke Masjidilaqsa) iaitu ke Masjid Baitulmaqdis. Dinamakan Al-Aqsa (jauh) kerana termasuk masjid terjauh yang sering dikunjungi di mana diharapkan ketika menziarahi masjid tersebut pelakunya mendapatkan keutamaan setelah Masjidilharam. Para ulama berbeza pendapat seputar sifat israk dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa. Sebahagian ulama berpendapat, Allah memperjalankan fisik Nabi saw pada waktu malam dengan mengendarai Buraq dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa. Sebahagian Iain berpendapat, Nabi Muhammad saw diperjalankan Allah jiwa dan raganya. Ada juga pendapat, beliau diisrakkan rohnya tanpa jasadnya. Yang benar, Nabi saw diisrakkan roh dan jasadnya sekaligus kerana kalau hanya rohnya saja hal itu tidak akan menjadi bukti kenabian dan risalah beliau.
Rujukan: 2001: 411-448 (Tafsir al-Tabari)