An-Nahl (16) : 115
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIR 1
Allah swt memerintahkan kepada hamba mukmin agar hanya mengonsumsi yang halal dan mensyukuri nikmat terhadap-Nya. Sungguh Dia Pemberi rezeki yang banyak memberi lebih kepada makhluk ciptaan-Nya sehingga Dia adalah satu-satunya yang berhak disembah dan tidak disekutukan. Kemudian, Allah melanjutkan firman-Nya dengan menjelaskan hal-hal yang diharamkan atas mereka kerana mengundang mudarat dalam hal yang berkaitan dengan agama dan dunia mereka seperti mayat, darah dan daging babi. (Dan (haiwan) yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah) yakni binatang yang disembelih selain kerana Allah swt. Meskipun hal yang telah Allah sebutkan diharamkan namun barang siapa terpaksa (memakannya) iaitu amat membutuhkannya tanpa berlebihan dan tanpa maksud buruk (Maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang) baginya. Penjelasan maksud ayat ini juga telah dipaparkan di tafsir surah Al-Baqarah. Oleh kerana itu, penjelasan itu dirasa cukup dan tidak perlu diulang kembali. Bagi Allah-lah segala pujian.
Rujukan: 1999: 592 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ketika kaum musyrikin mengharamkan segala binatang, maka Allah berfirman (Wahai manusia, tidaklah Allah mengharamkan kepada kalian kecuali bangkai, darah dan daging babi serta segala binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Tetapi barang siapa yang terpaksa memakannya kerana kelaparan yang sangat dan bukan keinginannya, maka Allah memaafkannya).
Rujukan: 2001: 389 (Tafsir al-Tabari)