Al-Baqarah (2) : 191
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
HADISNYA
Hadis riwayat Abu Dzar, dia berkata "Aku bertanya 'Wahai Rasulullah, masjid manakah yang pertama dibangun di muka bumi ini?' Rasulullah menjawab 'Masjidil Haram'. Aku bertanya 'Kemudian masjid mana?' Beliau menjawab 'Masjidil Aqsa'. Aku bertanya 'Berapakah jarak waktu antara keduanya?' Beliau menjawab 'Empat puluh tahun'. Di mana saja datang waktu solat, maka solatlah kerana di situ juga masjid".
No Hadis: 808
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)