An-Nahl (16) : 8
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
TAFSIR 1
Ada lagi nikmat Allah swt yang Dia anugerahkan kepada hamba-hamba-Nya iaitu kuda, keldai dan bagal (hasil kawin silang antara kuda dan keldai) yang dapat dijadikan sebagai sarana transportasi dan perhiasan. Inilah puncak nikmat yang Allah swt limpahkan kepada hamba-Nya seperti disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah yang berkata, "Rasulullah melarang kami untuk makan daging keldai peliharaan tetapi beliau membolehkan kami untuk makan daging kuda." (HR Bukhari) Jabir juga menuturkan, "Pada waktu perang Khaibar kami menyembelih kuda, bagal dan keldai. Lalu Rasulullah melarang kami makan bagal dan keldai, namun tidak melarang untuk makan kuda." (HR Ahmad dan Abu Dawud) Juga dalam kitab Sahih Muslim disebutkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Asma binti Abu Bakar r.a, dia berkata "Pada masa Rasulullah saw kami pernah menyembelih seekor kuda dan memakannya sedangkan pada waktu itu kami sudah hijrah ke Madinah."
Rujukan: 1999: 573 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah seolah berfirman (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keldai untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan) Demikian berdasarkan riwayat dari Qatadah. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ayat ini menjadi landasan keharaman daging kuda berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas dan Al-Hakam. Tetapi sebahagian ulama Iainnya menentang pendapat ini dengan alasan bahawa ayat itu hanya menjelaskan kemanfaatan dari haiwan-haiwan itu guna memperkuat ketauhidan-Nya dan keagungannya. Maka dalam riwayat Al-Aswad dan Ibrahim, daging-daging binatang di atas itu halal dimakan. Pendapat inilah yang paling kuat kerana indikasi keharamannya tidak nampak sedikit pun. Jikapun himar jinak itu diharamkan, itu berdasarkan sabda nabi. "la menciptakan apa-apa yang tidak kalian ketahui." Maksudnya Tuhanmu menciptakan semuanya ini tanpa kalian ketahui tentang apa-apa yang akan dipersiapkan untuk penghuni syurga ataupun neraka sehingga tidak terdeteksi mata, telinga bahawa terlintas di hati sekalipun.
Rujukan: 2001: 158-162 (Tafsir al-Tabari)