Al-Baqarah (2) : 183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
TAFSIR 1
Ayat ini berisi perintah untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Puasa adalah menahan diri dari makan, minum dan hal-hal lain yang membatalkan puasa mulai terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari. Puasa mengandungi aspek sosial yang sangat tinggi. Dengan puasa, seseorang berlatih kepekaan sosial. Di samping itu, puasa bisa membersihkan diri dari hal-hal yang buruk kerana ketika seseorang berpuasa, saluran dalam tubuhnya yang biasa dilewati oleh syaitan akan semakin menyempit, Dengan begitu, syaitan tidak akan leluasa bergerak. Dengan kata lain, puasa adalah zakat jiwa. Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. "Wahai para pemuda, barang siapa diantara kalian yang telah memiliki kemampuan, hendaknya segeralah menikah. Hal itu akan menjaga pandanganmu dan menjaga kemaluanmu. Barang siapa yang tidak mampu, hendaklah ia melakukan puasa. Sesungguhnya puasa adalah benteng diri. Ketika hijrah ke Madinah, Rasulullah saw telah menunaikan puasa, misalnya puasa tiga hari setiap bulan dan puasa Asyura. Setelah itu, Allah swt mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan sebagaimana disebutkan dalam ayat. Aisyah mengatakan bahawa sebelum datangnya kewajiban puasa, Rasulullah saw telah melakukan puasa Asyura. Setelah kewajiban puasa turun, siapa pun diperbolehkan untuk melakukan puasa Asyura atau meninggalkannya.
Rujukan: 1999: 103 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Seolah-olah Allah berfirman, "Wahai sekalian orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, membenarkan dan mengakui kedua-Nya, diwajibkan atas kamu shaum sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu dari kalangan ahli kitab." iaitu pada hari-hari di bulan Ramadhan. Kerana sesungguhnya orang-orang setelah Ibrahim a.s diperintah untuk mengikuti Ibrahim. Demikian itu kerana Allah swt telah menjadikannya sebagai pemimpin manusia dan agamanya adalah agama yang lurus lagi selamat. Maka Nabi saw diperintah untuk mengikutinya seperti yang diperintahkan-Nya kepada para nabi sebelumnya. Adapun penyerupaan antara shaum umat Muhammad saw dengan shaum mereka (umat-umat sebelumnya) terletak pada waktu pelaksanaan iaitu Ramadhan. Kerana umat sebelumnya diwajibkan shaum itu pada bulan Ramadhan sebagaimana yang diwajibkan pada umat Muhamad saw. Maksud penggalan ayat (Agar kamu Bertakwa) iaitu agar kamu menjauhi apa yang dapat membatalkan shaum kamu, bisa berupa makan, minum dan bercampur dengan isteri ketika shaum.
Rujukan: 2001: 152-157 (Tafsir al-Tabari)