Al-Hijr (15) : 46 (Blok: 45-50)
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
Al-Hijr (15) : 46 (Blok: 45-46)
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
TAFSIR 1
Setelah menyebutkan kondisi penduduk neraka di neraka kelak, Allah menyebutkan kondisi penduduk syurga di syurga kelak. Penduduk syurga berada dalam syurga-syurga (taman-taman) dan di dekat mata air yang mengalir. Maksud firman Allah (Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera) adalah selamat dari berbagai aral dan kendala, (Dan aman) yakni dari rasa takut dan terkejut dan Janganlah kalian merasa takut untuk dikeluarkan dari syurga dan takut binasa. Berkaitan dengan maksud firman Allah swt (Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka, mereka merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan) Qasim meriwayatkan bahawa Abu Umamah mengatakan, "Ahli syurga memasuki syurga dengan membawa perasaan yang ada di dunia seperti permusuhan dan kedengkian sehingga ketika mereka saling bertemu dan berhadap-hadapan, Allah swt melenyapkan segala rasa dendam yang ada di hati mereka yang mereka rasakan sejak di dunia." Kemudian Abu Umamah membaca firman Allah swt (Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka). Diriwayatkan oleh Qatadah dari Abu Mutawakkil an-Naji dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda, "Orang-orang mukmin diselamatkan dari api neraka (ketika melewati shirath 'jambatan') lalu mereka ditempatkan di sebuah jambatan yang terletak di antara syurga dan neraka kemudian sebahagian mereka membalas kepada sebahagian mereka kezaliman yang pernah mereka lakukan selama di dunia dan ketika mereka sudah dibersihkan (dari kezaliman-kezaliman mereka) mereka diizinkan untuk masuk syurga. " (HR Bukhari) Maksud firman Allah swt, (Mereka tidak merasa lelah di dalamnya) adalah mereka tidak merasakan kesusahan dan gangguan di dalam syurga, sebagaimana hal itu dijelaskan di dalam hadis sahih bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah memerintahkanku untuk memberikan khabar gembira kepada Khadijah dengan sebuah rumah di dalam syurga yang terbuat dari rotan yang terbuat dari mutiara, yang mana rumah itu terhindar dari kebisingan dan rasa lelah. " (HR Bukhari dan Muslim) Mengenai firman Allah (Dan mereka tidak akan dikeluarkan darinya) Rasulullah saw bersabda, "Dikatakan, 'Wahai penduduk syurga sesungguhnya kalian akan sentiasa sihat dan tidak pernah sakit selamanya, kalian akan sentiasa hidup dan tidak pernah mati selamanya, kalian sentiasa muda dan tidak pernah tua dan kalian akan sentiasa berjalan dan tidak pernah menaiki kendaraan. " (HR Muslim) Maksud firman Allah (Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang dan sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih) adalah khabarkanlah, wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku bahawa Akulah yang memiliki ampunan dan seksa yang pedih.
Rujukan: 1999: 567 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menegaskan dalam ayat ini seolah Dia berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa dengan taat kepada-Nya lalu mereka menjauhi kemaksiatan kepada-Nya berada di syurga dan ditemani bidadari. Maka dikatakanlah kepada mereka, masuklah kalian ke dalamnya dengan penuh kedamaian."
Rujukan: 2001: 75 (Tafsir al-Tabari)