Al-Baqarah (2) : 174 (Blok: 174-175)
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Tsa?labi dari Ibnu Abbas yang berkata bahawa ayat ini turun berkenaan dengan para pembesar dan pendeta Yahudi yang selalu mendapatkan hadiah dan pemberian yang banyak dari para pengikutnya sehingga mereka berharap Nabi yang akan diutus berasal dari golongan mereka. Maka dari itu, ketika yang diutus adalah Muhammad saw yang bukan dari golongan mereka, mereka katakutan kehilangan pendapatan dan kedudukan sehingga mereka sengaja mengubah sifat-sifat kenabian Muhammad yang ada pada kitab mereka lalu mereka menyampaikan kepada khalayak ramai bahawa sifat-sifat nabi akhir zaman itu tidaklah sama dengan nabi ini (Muhammad). Kemudian, Allah menurunkan ayat 174 ini dan Ali-Imran ayat 77.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)