Al-Baqarah (2) : 173
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
HADISNYA
Hadis riwayat Umar r.a "Dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata Umar r.a mendengar berita bahawa Samurah menjual khamar maka dia berkata Semoga Allah membinasakan Samurah. Apakah ia tidak mengetahui bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah melaknat orang Yahudi kerana telah diharamkan lemak bangkai kepada mereka kemudian mereka mencairkannya lalu menjualnya".
No Hadis: 2961
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)