Ibrahim (14) : 25
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
TAFSIR 1
Maksud firman Allah swt ((Pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya) iaitu dikatakan oleh sebahagian ulama bahawa pohon itu menghasilkan buahnya tiap waktu pagi dan petang. Sedangkan maksud yang benar dan jelas dilihat dari konteks ayat adalah perumpamaan seorang mukmin bagaikan pohon yang sentiasa menghasilkan buah di setiap waktu, baik musim panas mahupun musim dingin, siang mahupun malam. Demikianlah keistimewaan orang mukmin, amal solehnya sentiasa diangkat (ke langit) sepanjang siang dan malam, di setiap waktu dan tempat. Pohon itu menghasilkan buah di setiap waktu (Dengan seizin Tuhannya) Maksudnya yakni menghasilkan buah yang sempurna, baik, banyak dan berkah. Demikianlah perumpamaan yang diberikan oleh Allah swt, (Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat).
Rujukan: 1999: 557 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ahli takwil berbeza pendapat mengenai firman-Nya, ((Pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu). Sebahagian ahli takwil berpendapat, maknanya pohon itu memberikan buahnya setiap pagi dan petang hari. Sebahagian ahli takwil berpendapat maknanya pohon itu memberikan buahnya setiap enam bulan dari mulai pembuahan sampai panen. Sebahagian lain menyatakan maknanya adalah pohon itu memberikan bu- ahnya setiap satu tahun sekali. Sebahagian Iain lagi menegaskan, makna firman-Nya tersebut adalah pohon itu memberikan buahnya setiap dua bulan. Sebagaimana Said bin Musayyab menjelaskan tentang ayat itu dia berkata, "Iaitu pohon kurma yang tidak memberikan buahnya kecuali setiap dua bulan." Maka, yang dimaksud adalah dua bulan. Penulis berpendapat bahawa pentafsiran yang lebih tepat adalah yang berpendapat bahawa kata (Setiap waktu) bererti setiap pagi, petang dan setiap waktu. Kerana Allah swt memberikan perumpamaan bagaikan pohon yang dapat berbuah setiap waktu, yang ditujukan untuk perbuatan manusia mahupun perkataan mereka. Sedangkan manusia akan dilaporkan ke langit setiap hari, setiap amal perbuatan dan perkataannya. Bukannya diangkat setiap tahun, enam buIan atau dua bulan. Dengan demikian, jika pentafsirannya seperti ini tidak akan bertentangan maknanya antara perumpamaan dengan yang diumpamakan.
Rujukan: 2001: 634-652 (Tafsir al-Tabari)