Al-Baqarah (2) : 153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan umat manusia untuk selalu meminta pertolongan kepada Allah swt dengan cara bersabar dan menunaikan solat secara khusyuk. Sabar terbahagi kepda dua iaitu sabar ketika mendapat kesenangan dan sabar ketika mendapatkan kesusahan. Ketika menghadapi permasalahan, hendaklah kita mengembalikan semua urusan kepada Allah swt kerana Dialah zat yang menentukan semuanya. Rasulullah saw bersabda sebagai berikut ?Sebagai kejutan bagi orang mukmin, Allah swt tidak akan menentukan sesuatu kecuali Allah swt lebih tahu tentang apa yang lebih baik baginya?. Sabar mengandungi tiga hal iaitu sabar untuk meninggalkan sesuatu yang haram. Sabar dalam menunaikan ibadah dan kewajipan serta sabar dalam menerima musibah dari Allah swt. Semua musibah merupakan kehendak Allah swt telah disebutkan pula bahawa disebalik kejadian yang menimpa, pasti terdapat hikmah yang sangat agung.
Rujukan: 1999: 92-93 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada ayat ini Allah mendorong manusia supaya mentaati-Nya dan menghadapi sesuatu yang dirasakan berat baik secara fizik mahupun materi. Maka seolah Dia berfirman ?Wahai orang beriman, hendaklah kamu meminta tolong dengan sabar dan solat dalam melaksanakan ketaatan kepada-Ku, menunaikan berbagai hokum yang Aku tetapkan, baik hokum yang telah dihapus mahupun hokum yang masih berlaku sekalipun kamu merasa berat kerana perkataan batil dari orang kafir yang dilontarkan kepada kamu. Atau terasa berat secara materi dalam melawan musuh-musuhmu dijalan-Ku. Hendaklah kamu bersabar kerana Aku semata dalam menghadapi sesuatu yang tidak disenangi dan dirasa berat oleh kamu. Kemudian, hendaklah kamu belindung dari perkara-perkara yang mengerikan, dengan cara melaksankan solat kerana Aku semata. Kerana dengan kesabaran atas perkara-perkara yang tidak disenangi, kamu akan mendapatkan keredhoan-Ku dan dengan melaksanakan solat kerana-Ku, kamu akan meraih apa yang kamu butuhkan disisi-Ku. Sesungguhnya Aku bersama orang-orang yang sabar dalam menunaikan kewajipan-kewajipan dari-Ku dan sabar dalam meninggalkan maksiat kepada-Ku. Aku akan menolong, menjaga serta melindungi mereka sehingga mereka dapat memperoleh apa yang dicari dan dicita-citakan.?
Rujukan: 2001: 697-698 (Tafsir al-Tabari)