Al-Baqarah (2) : 153
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
HADISNYA
Dari Anas bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw mendatangi seorang perempuan yang tengah menangisi kematian anaknya. Beliau kemudian berkata kepadanya ?Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah? Kemudian perempuan itu mnejawab ?Kamu tidak peduli dengan musibah yang menimpaku? tatkala beliau pergi, dikatakan kepada perempuan itu, tahukah kamu yang berkata tadi adalah Rasulullah. Kemudian perempuan itu mendatangi beliau dan berkata dia tidak mengenalinya, kemudian Rasulullah saw bersabda ?Sesungguhnya yang bernama sabar itu ada ketika di goncangan pertama?.
No Hadis: 1535
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)
HADISNYA
Abu Musa r.a, dia berkata Rasulullah saw bersabda "Tidak seorang pun yang lebih sabar mendengar sesuatu yang menyakitkan selain Allah kerana meskipun Allah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Allah tetap memberikan kesihatan dan rezeki kepada mereka. "
No Hadis: 5016
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)