Yusuf (12) : 3
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
TAFSIR 1
Mengenai turunnya ayat ini Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa orang-orang berkata, "Wahai Rasulullah, seandainya engkau menceritakan suatu kisah kepada kami." Lalu turunlah ayat, (Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik). Dalam konteks ayat ini yang mengandungi pujian terhadap Al-Quran dan bahawa ia lebih konprehensif dari kitab-kitab lainnya, layak kita sebutkan sebuah riwayat dari Jabir bin Abdillah bahawa Umar bin Khathab datang kepada Nabi saw dengan membawa kitab yang ia peroleh dari sebahagian Ahlul Kitab, lalu ia membacanya di hadapan beliau. Atas perbuatan Umar tersebut, Nabi saw marah dan bersabda sebagai berikut. "Apakah kamu ragu di dalam syariat agamamu wahai Ibnu Khathab? Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku telah datang kepada kalian dengan membawanya dalam keadaan putih dan bersih (terang benderang). Janganlah kalian bertanya kepada mereka tentang sesuatu lalu mereka memberi khabar kepada kalian dengan kebenaran lalu kalian mendustakannya atau dengan kebatilan lalu kalian membenarkannya. Demi Zat yang ji- waku berada di tangan-Nya, andai kata Musa hidup, tidak ada jalan lain baginya kecuali mengikutiku." (HR Ahmad) "Demi jiwa Muhammad yang berada ditangan-Nya, andai kata Musa ada di antara kalian, kemudian kalian mengikutinya dan meninggalkanku, nescaya kalian tersesat. Sesungguhnya kalian adalah bahagianku diantara umat-umat dan aku adalah bahagian kalian di antara para nabi."' (HR Ahmad).
Rujukan: 1999: 519-520 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Riwayat Nabi Yusuf a.s adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw sebagai mukjizat bagi beliau, sedang beliau sebelum diturunkan surah ini tidak mengetahuinya. Cara penuturan kisah Nabi Yusuf ini kepada Nabi Muhammad saw berbeza dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain iaitu kisah Nabi Yusuf a.s ini khusus diceritakan dalam satu surah sedang kisah-kisah nabi-nabi yang lain disebutkan dalam beberapa surah. Isi dari kisah Nabi Yusuf a.s ini berbeza pula dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain. Dalam kisah nabi-nabi yang lain Allah menitikberatkan kepada tentangan yang bermacam-macam dari kaum mereka, kemudian mengakhiri kisah itu dengan kemusnahan para penantang para nabi itu. Sedangkan di dalam kisah Nabi Yusuf a.s ini, Allah swt menonjolkan akibat yang baik daripada kesabaran dan bahawa kesenangan itu datangnya sesudah penderitaan. Dari cerita Yusuf a.s ini terdapat beberapa sifat dan suri teladan yang mulia yang dapat diambil sebagai ibrah.
Rujukan: 2001: 7-9 (Tafsir al-Tabari)