Yusuf (12) : 3
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqqas bahawasannya suatu ketika para sahabat meminta kepada Rasulullah untuk bercerita tentang kisah-kisah indah umat sebelum mereka. Permintaan sahabat ini juga yang kemudian menyebabkan diturunkannya surah Az-Zumar ayat 23 yang menjelaskan bahawa Al-Quran adalah sebaik-baik kisah. Kemudian turunlah ayat ini. Riwayat yang sama pula dikeluarkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas dan Ibnu Mirdawaih dari Ibnu Mas'ud.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)