Hud (11) : 52 (Blok: 50-52)
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
TAFSIR 1
Allah swt berfirman, sungguh Kami telah mengutus kepada kaum Ad, Hud, saudara mereka yang memerintahkan mereka untuk beribadah kepada Allah tanpa sekutu Nya dan mencegah mereka dari menyembah berhala-berhala yang mereka ada-adakan sendiri, lalu mereka buatkan nama-nama untuknya. Hud juga memberi tahu kepada mereka bahawa ia tidak menginginkan imbalan atau upah dari mereka atas dakwahnya. Sesungguhnya ia hanya menginginkan pahala dari Allah swt yang telah menciptakannya. (Tidakkah kamu mengerti?) Maksudnya tidakkah kalian mengerti orang yang mengajak kalian untuk kemaslahatan kalian di dunia dan akhirat tanpa meminta upah? Hud kemudian memerintahkan mereka untuk meminta ampunan atas dosa-dosa yang telah berlalu dan bertaubat untuk tidak melakukan dosa-dosa pada waktu yang akan datang. Orang yang memiliki Sifat tadi, Allah akan memudahkan rezekinya, memudahkan urusannya dan menjaga dirinya. Oleh kerana itu, Allah swt berfirman, (Niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras) Sebuah riwayat menyebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang istiqamah beristigfar, Allah akan menjadikan kesenangan dari setiap kesusahan, jalan keluar dari setiap kesempitan dan memberinya rezeki dengan cara yang tidak ia duga. " (HR Abu Dawud).
Rujukan: 1999: 509 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini masih berkenaan dengan beberapa pelajaran yang dapat diambil dari kisah para nabi Allah swt. Kisah Nabi Hud a.s adalah kisah kedua yang diceritakan pada surah ini. Ayat ini juga menjelaskan sunnah Allah yang berhubungan dengan kebinasaan kaum Ad kerana tidak mengindahkan nasihat Nabi Hud a.s. Dakwah Nabi Hud a.s itu ditolak oleh mereka dengan berbagai alasan disertai ejekan-ejekan dan hinaan. Kerana itu Allah menurunkan azab kepada mereka berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan seandainya mereka mengalami gagal panen. Dalam keadaan demikian, Nabi Hud a.s masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan azab dari Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih memberi kesempatan kepada mereka untuk beriman dan bertaubat kepada-Nya agar diampuni dosa-dosa mereka dan Allah menurunkan hujan yang sangat deras di waktu mereka membutuhkannya dan menyuburkan kembali negeri mereka setelah mengalami kekeringan.
Rujukan: 2001: 443-445 (Tafsir al-Tabari)