Hud (11) : 47

Doanya:

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maknanya: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.
Keterangannya: Semasa nabi Nuh a.s. dan para pengikutnya menyelamatkan diri dengan menaiki bahtera yang dibuatnya, sedang banjir besar melanda, nabi Nuh a.s. telah cuba memohon kepada Allah s.w.t. supaya titisan darahnya (anaknya) turut terselamat, tetapi permohonannya ini ditolak oleh Allah s.w.t. dengan menyatakan bahawa anaknya itu bukan dari kalangan mereka yang dijanjikan dengan kesélamatan-ingkar Penolakan permohonannya itu dan penjelasan tersebut menjadikan nabi Nuh terasa bahawa baginda telah memohon perkara yang bukan-bukan, lalu baginda pun bertaubat. Doa ini menampakkan dua unsur taubat yang semestinya: a) Keazaman untuk tidak melakukan kembali kesalahan tersebut (bahagian pertama doa ini); b) Penyesalan terhadap kesalahan yang telah dilakukan itu (bahagian keduanya).
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)