Al-Baqarah (2) : 143
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
TAFSIR 1
Disebutkan dalam riwayat, Rasulullah saw menghadap kiblat ke Baitul Maqdis selama kurang lebih enam belas bulan. Ketika Rasulullah mendapat wahyu permindahan kiblat, seorang sahabat resah bagaimana nasib para sahabat yang telah meninggal sebelumnya. Allah swt kemudian menurunkan ayat (Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia). Ali bin Abu Thalhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas ketika Rasulullah saw hijrah ke Madinah, Allah swt memerintahkan beliau menjadikan Baitul Maqdis sebagai kiblat. Kaum Yahudi bergembira mendengar perintah Allah tersebut. Beberapa waktu kemudian Rasulullah mengkehendaki dapat menghadap kiblat seperti pendahulu beliau, Nabi Ibrahim iaitu Kaabah. Beliau pun memanjatkan doa kepada Allah, lalu turnlah ayat (Hadapkanlah wajahmu kerah itu). Terdapat hikmah besar dengan pemindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Allah swt hendak menguji keimanan umat Muhammad apakah ketika beliau mendapatkan wahyu, mereka mengikutinya atau tidak. Ternyata, tidak sedikit diantara mereka mengingkari wahyu ini. Dalam ayat (Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ?umat pertengahan? agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia) disebutkan bahawa umat Nabi Muhammad saw adalah umat yang memiliki keutamaan dibandingkan dengan umat yang lain. Selain menjadi pemungkas para nabi dan rasul, Rasulullah saw merupakan penyempurna semua syariat samawi yang pernah diturunkan Allah swt. Jadi umat Nabi Muhammad adalah umat pilihan.
Rujukan: 1999: 89-90 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Kata (Umat) bermakna suatu generasi manusi, segolongan dari mereka atau yang lainnya. Kata (Wasath) dalam pembahasan ini bermakna bahagian pertengahan diantara dua tepi. Allah swt menyifatkan umat Islam dengan wasathan kerana sikap pertengahan mereka dalam beragama. Mereka tidak seperti orang Nasrani bersikap ghuluw (melebihi batasan) dalam merahiban dan dalam perkataan tentang Nabi Isa a.s. Mereka juga tidak seperti orang Yahudi, bersikap taqshir (mengurangi batasan) dalam agama iaitu mengubah kitab Allah, membunuh para nabi, berdusta atas nama Allah dan kufur kepada-Nya. Selain itu, kata (Wasath) juga bermakna adil, dalam erti yang terpilih kerana manusia terpilih itu adalah yang adil di antara mereka. Maksud ayat ini adalah bahawa Muhammad saw telah menyampaikan risalah yang diperintahkan Allah kepada umatnya. Dan ia menjadi saksi atas keimanan mereka kepadanya dan ajaran yang dibawanya dari sisi-Ku. Tidaklah Kami menyuruh kamu berpaling dan berpindah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah sebagai ujian. Sesungguhnya hal itu berat kecuali bagi orang yang diberi petunjuk oleh Allah. Yang terasa berat itu adalah perpindahan Nabi saw dari kiblat yang pertama kepada kiblat yang kedua, bukan kiblatnya dan bukan pula solatnya. Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu, saat solat menghadap Baitul Maqdis berdasarkan perintahnya. Kerana hal itu diantara bukti kamu membenarkan Rasul-Ku, mengikuti perintah-Ku dan bukti ketaatan kamu kepada-Ku.
Rujukan: 2001: 625-656 (Tafsir al-Tabari)