Hud (11) : 15
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Mujahid dan Anas bin Malik bahawasannya ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang melakukan perbuatan baik kerana ingin mendapatkan pujian orang lain, mereka telah terkena penyakit riak. Oleh kerana itu, Allah mengingatkan mereka dengan menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)