Yunus (10) : 94
Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
TAFSIR 1
Berkaitan dengan ayat di atas, Qatadah bin Di?amah menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Aku tidak meragu-ragukan dan aku tidak bertanya." Begitu juga riwayat dari Ibnu Abbas, Said bin Jubair dan Hassan Bashri. Ayat tersebut menjadi penguat hati umat Muhammad dan pemberitahuan terhadap umat ini bahawa nabi mereka telah disebutkan sifatnya dalam kitab suci samawi terdahulu yang berada di tangan ahli kitab terdahulu (yang masih mengikuti agama Ibrahim a.s) Pada ayat lain, Allah swt berfirman ((Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul Nabi yang ummi (tidak bisa baca tulis) yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka) (QS Al-A?raf, 7: 157) Namun begitu, ahli kitab tetap ragu-ragu dan justeru mengubah kitab suci yang Allah turunkan kepada mereka dulu. Setelah mengetahui bukti yang menjatuhkan prasangka buruk mereka tehadap Raulullah saw dengan tenangnya mereka tidak mahu mengakui dan tidak beriman kepada Rasulullah saw.
Rujukan: 1999: 497 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dengan ayat ini, Allah hendak meneguhkan hati Rasulullah saw, barangkali saja beliau merasa ragu mengenai kebenaran yang ia terima dari Allah swt kerana ahli kitab mengingkari kenabiannya. Sesungguhnya, mereka itu telah mengetahui bahawa Rasulullah saw adalah utusan Allah swt kepada manusia, mereka telah mengetahui ciri-ciri kenabian beliau dari kitab suci yang ada pada mereka iaitu Taurat dan Injil. Adapun menurut riwayat Ibnu Abbas ahli kitab yang mesti ditanya oleh Rasulullah saw adalah ahli kitab Taurat dan Injil yang telah mengetahui berita kenabian Muhammad saw. Kemudian mereka beriman kepadanya seperti Abdullah Ibnu Salam dan orang-orang yang membenarkan dan beriman kepadanya, bukan ahli kitab yang mendustakan kenabiannya dan ingkar kepada ajarannya. Dalam ayat ini, Allah swt bersumpah bahawa apa yang datang kepada Rasulullah saw adalah kebenaran serta bahawa beliau hakkul-yaqin adalah utusan Allah dan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah mengetahui hal itu dan mereka telah menemukan sifat-sifat kenabiannya itu tertulis dalam kitab-kitab mereka. Maka Allah menegaskan kepada Rasulullah saw agar tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. Nabi Muhammd saw menurut riwayat Qatadah disebutkan merespons ayat ini dengan mengatakan, "Aku tidak ragu-ragu dan kerananya aku tidak akan bertanya kepada mereka."
Rujukan: 2001: 286-289 (Tafsir al-Tabari)