Yunus (10) : 55 (Blok: 54-56)
Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
TAFSIR
Allah swt mengkhabarkan kejadian hari kemudian, yakni mengkhabarkan kejadian pada hari Kiamat ketika orang-orang kafir berandai-andaian agar dapat memiliki seluruh emas yang ada di Bumi untuk menebus kesalahan dirinya di depan Allah swt. Akan tetapi seribu sayang, (Dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Kemudian, diberi keputusan di antara mereka dengan adil) yakni dengan sebenar-benarnya, (Dan mereka tidak dizalimi). Setelah mengkhabarkan kejadian mendatang pada hari Kiamat, Allah menegaskan kembali bahawa Dialah Sang Pemilik langit dan Bumi beserta seluruh isinya. Oleh sebab itu, janji-Nya adalah pasti dan tidak dapat ditawar. Dia juga yang selama ini telah menghidupkan dan mematikan para makhluk. Kerana itu, kepada-Nya juga mereka akan kembali dan berpulang. Sungguh, Dia Maha Kuasa atas hal tersebut dan atas segala sesuatu. Dia juga Zat yang Maha Mengetahui bahagian tubuh yang telah mati di belahan Bumi mana pun meskipun terpisahkan laut, benua atau pun daratan luas antara satu bahagian tubuh dan bahagian tubuh yang lainnya.
Rujukan: 1999: 490 (Tafsir Ibn Katsir)