Yunus (10) : 10 (Blok: 9-10)
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!
TAFSIR
Ayat ini menerangkan khabar keadaan orang-orang bahagia yang beriman kepada Allah swt, membenarkan para rasul, melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka, Ialu melaksanakan amal-amal soleh, sesungguhnya Dia memberi petunjuk kepada mereka dengan iman mereka. Firman-Nya, (Doa mereka di dalamnya ialah, "Subhanakallahumma" (Maha Suci Engkau, ya Tuhan kami), dan salam penghormatan mereka ialah, "Salam" (salam sejahtera). Dan penutup doa mereka ialah, "Alhamdulillahi Robbil'alamin." (segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam)) menggambarkan keadaan penghuni syurga. Ayat tersebut senada dengan firman Allah, (Penghormatan mereka (orang-orang mukmin) ketika mereka menemui-Nya ialah, 'Salam') (QS Al-Ahzab, 33: 44). Dan (Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia atau pun yang menimbulkan dosa. Tetapi mereka mendengar ucapan salam) (QS Al-Waqiah, 56: 25-26), (Kepada mereka dikatakan), "Salam" sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang) (Yasin, 36: 58), (Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (sambil mengucapkan). "Selamat sejahtera atasmu) (QS Ar-Ra?d, 13: 23-24) Firman-Nya, (Dan penutup doa mereka ialah, 'Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam). Menunjukkan bahawa Allah swt adalah Tuhan yang selalu dipuji, Zat yang selalu disembah. Kerana itu, Dia memuji diri-Nya ketika memulai penciptaan makhluk-Nya dan seterusnya, pada permulaan Kitab-Nya dan ketika awal penurunan Kitab-Nya, ketika mana Allah berfirman (segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepada hamba-Nya). (QS Al-Kahf, 18: 1). Dan (Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan Bumi) (QS Al-An'am, 6: 1). Begitu juga Allah memuji diri-Nya sendiri dalam kondisi-kondisi yang Iain yang tidak mungkin disebutkan satu per satu. Dia selalu dipuji pada awal dan akhir dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Tasbih dan pujian itu terjadi ketika mereka melihat bertambahnya nikmat Allah atas mereka sesehingga nikmat tersebut berulang kembali, berturu-turut dan terus bertambah tiada batas dan hujung. Tiada Tuhan yang disembah kecuali Dia dan tiada Tuhan yang dapat menjaga dan memelihara selain Dia.
Rujukan: 1999: 481 (Tafsir Ibn Katsir)