Al-Baqarah (2) : 130
Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
TAFSIR 1
Ayat ini menjelaskan bahawa hanya orang-orang bodoh yang mengingkari kebenaran risalah yang diemban oleh Nabi Ibrahim. Kebodohan itulah yang membuat mereka menjadi ka?r dan tidak berhenti menyekutukan Allah. Mereka semakin larut dalam kesesatan dengan menyembah benda-benda mati yang dipertuhankan. ltulah kezaliman terbesar yang mereka lakukan. Tuhan-tuhan mereka adalah benda yang tidak memiliki kekuatan apa pun. Allah swt akan membiarkan mereka dalam keka?ran dan mereka kelak akan mendapatkan seksa-Nya yang teramat pedih. Sebaliknya, Nabi Ibrahim dan para pengikutnya adalah orang-orang pillhan Allah swt yang selalu mendapatkan limpahan rahmat dari Allah swt baik di dunia mahupun diakhirat. Dalam ayat Iain disebutkan sebagai berikut. (Kemudian ketika dia melihat matahari terbit dia berkata, ?Inilah Tuhanku, ini lebih besar.? Tetapi ketika matahari terbenam, dia berkata ?Wahai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikuti) agama yang besar dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik) (QS Al-An'am, 6: 78- 79). (Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya, ?Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah, kecuali (kamu menyembah) Allah yang menciptakanku, kerana sesungguhnya Dia akan memberi petunjuk kepadaku) (Az-Aukhruf 43: 26-27).
Rujukan: 1999: 85 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Orang bodoh yang dimaksud dalam ayat ini adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka membenci Islam dan lebih memilih agama Yahudi dan Nasrani. Padahal, agama yang sama inti ajarannya dengan agama lbrahim adalah Islam, bukan Yahudi atau Nasrani, sebagaimana ?rman Allah dalam QS Ali lmran, 3: 67 (Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani tetapi dia adalah seorang yang Iurus, Muslim dan tidaklah termasuk orang-orang Musyrik). Oleh kerana itu, orang yang membenci Islam dan lebih memilih agama Yahudi atau Nasrani adalah orang yang membodohi dirinya sendiri. Hal ini kerana ia telah mengabaikan sesuatu yang bermanfaat bagi hidupnya dan lebih memilih sesuatu yang akan mendatangkan kecelakaan di akhirat kelak. Allah telah memilih Nabi Ibrahim a.s sebagai imam bagi manusia, sedang ia adalah seorang yang lurus Iagi muslim barangsiapa menyalahi agama lbrahim dan menolak agama Islam yang inti ajaran sama dengan agama Ibrahim itu, maka sesungguhnya ia telah menjadi musuh bagi Allah swt. Selain itu, ayat ini juga menegaskan bahawa Nabi Ibrahim a.s itu termasuk golongan orang-orang soleh. Hal ini kerana Nabi Ibrahim a.s sungguh-sungguh menunaikan kewajibannya kepada Allah swt. Manusia yang soleh adalah manusia yang sentiasa menunaikan hak-hak Allah terhadap dirinya. Demikian kata At-Tabari.
Rujukan: 2001: 578-580 (Tafsir al-Tabari)