Al-Baqarah (2) : 130
وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
ASBAB 1
Ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Salam ketika mengajak kedua keponakannya untuk masuk Islam, iaitu Salamah dan Muhajir. Dia berkata, "Kamu berdua telah mengetahui bahawa Allah ber?rman dalam Taurat bahawa Dia akan mengutus nabi dari keturunan Ismail, bernama Ahmad. Barang siapa beriman, dia mendapat petunjuk dan jika dia ka?r, akan mendapat Iaknat." Akan tetapi, Muhajir menolak untuk beriman.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)