At-Taubah (9) : 113 (Blok: 113-114)
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
TAFSIR 1
Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Musayyab dari bapaknya, ia berkata, "Ketika kematian mendatangi Abu Thalib, Rasulullah saw datang mengunjunginya dan di sisinya ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umay yah Ialu Rasulullah saw berkata, "Wahai Pamanku, ucapkanlah 'Tiada Tuhan selain Allah, ' sebagai kalimat yang dengannya aku akan membelamu di Sisi Allah swt " Kemudian, Abu Jahal dan Abdullah bin Umayyah berkata, "Wahai Abu Thalib, apakah kamu ingin memeluk agama Abdul Muthalib?" Lalu Abu Thalib berkata, "Aku memeluk agama Abdul Muthalib." Lalu, Rasulullah saw bersabda, "Aku pasti memohonkan ampunan bagimu selama aku tidak dilarang. Kemudian, turunlah ayat ini. Berkaitan firman Allah, (Tidak pantas bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memohonkan ampunan (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik), Al-Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw hendak memohonkan ampunan bagi ibu beliau lalu Allah swt melarang beliau untuk melakukan itu. Rasulullah saw kemudian berkata, "Sesungguhnya Nabi Ibrahim kekasih Allah telah memohonkan ampunan bagi ayahnya. " Allah pun menurunkan ayat berikut ini. (Adapun permohonan ampunan Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya).
Rujukan: 1999: 473 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Said Ibnu Musayyab mengatakan bahawa turunnya ayat ini berkenaan dengan Rasulullah saw yang memintakan ampun kepada Allah bagi pamannya Abu Thalib, setelah ia wafat. Menurut Ibnu Abbas ayat ini turun berkenaan dengan keinginan Rasulullah untuk memohonkan ampun bagi ibunya. Adapun sebahagian ahli tafsir menyebutkan bahawa turunnya ayat ini berkenaan dengan orang-orang mukmin yang hendak memohonkan ampun bagi keluarganya yang sudah meninggal dalam keadaan musyrik maka kemudian Allah melarang perbuatan demikian. Adapun dalam riwayat Mujahid disebutkan bahawa ketika diturunkan ayat ini, orang-orang mukmin pun berkata, "Mengapa kami tidak boleh memohonkan ampun bagi orang tua kami, padahal Ibrahim a.s telah memohonkan ampun untuk ayahnya yang kafir? Lalu, turunlah ayat (Dan permohonan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu). Menurut At-Tabari, ayat ini menjelaskan larangan bagi Nabi Muhammad saw dan kaum mukminin untuk memintakan ampun bagi orang-orang yang meninggal dalam ke adaan musyrik dan menyembah berhala sekalipun mereka adalah kerabat dekat. Namun, sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa larangan mendoakan keluarga yang musyrik adalah ketika mereka sudah meninggal, sedangkan ketika mereka masih hidup, mereka boleh didoakan.
Rujukan: 2001: 19-29 (Tafsir al-Tabari)