At-Taubah (9) : 107 (Blok: 107-108)
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Mirdawaih dari Ibnu Ishak, dia berkata bahawa Ibnu Shihab Az-Zuhri menceritakan dari Ibnu Ukaimah Al-Laitsi, dari anak saudara Abu Rahmin Al-Ghifari ?Dia mendengar bahawa Abu Rahmin, orang yang turut berbaiat di bawah pohon (Baiat Ridwan) berkata ?Orang-orang yang membangunkan masjid ?dhirar? datang kepada Rasulullah ketika Rasulullah bersiap untuk pergi berperang ke Tabuk. Mereka berkata ?Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami membangun masjid agar bias digunakan oleh orang-orang sakit dan orang yang dalam keperluan pada malam-malam musim dingin dan musim hujan. Sungguh kami sangat senang jika engkau datang ke masjid Bersama kami dan solat Bersama kami di dalamnya.? Rasulullah saw bersabda ?Aku sudah bersiap untuk pergi berperang. Sekembalinya nanti, insya Allah kami akan mendatangi kalian dan solat bersama kalian di masjid itu.? Ketika beliau kembali dari perang, beliau singgah di Dzi Awan, sekitar satu saat (beberapa lama, menunjukkan jarak tidak jauh) dari Madinah. Lalu turunlah ayat 107 ini yang memberitakan bahawa ada beberapa orang yang membangunkan masjid dengan tujuan dan dasar bukan kerana iman kepada Allah. Kemudian Rasulullah saw memanggil Malik bin Dukhsyum dan Ma?an bin Ady atau kedua saudaranya iaitu Ashim bin Ady. Beliau berpesan ?Pergilah kamu berdua ke masjid ini yang orang-orang di dalamnya hanyalah tukang zalim, robohkan dan bakarlah masjid itu.? Keduanya pun melaksakannya dan berhasil menunaikan pesan Rasulullah itu.? Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Abu Hurairah, dia berkata ?Ayat 108 ?Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih?, turun berkenaan dengan penduduk Kota Quba. Ayat ini menegaskan pula kerana mereka adalah orang-orang yang selalu beristinjak (membersihkan diri setelah membuang air besar) dengan air (mereka pula adalah orang-orang yang membangunkan masjid atas dasar taqwa).?
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)