Al-Baqarah (2) : 6 (Blok: 6-7)
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah swt menegaskan bahawa hati orang kafir akan selalu tertutup akan kebenaran. Hal itu kerana sekalipun peringatan-peringatan Allah swt telah datang, mereka tetap pada kekafirannya Jadi, mereka Tidak mengimani semua risalah Allah swt yang diturunkan melalui para Rasul-Nya. Pada ayat tersebut Allah swt menegaskan bahawa orang-orang yang telah tenggelam dalam kesesatan kerana kekufurannya akan dibiarkan dalam kegelapan. Mereka tidak akan mendapatkan kebahagiaan dan Allah swt akan menimpakan azab yang pedih untuk mereka kelak di akhirat. Allah swt pun telah meminta kepada Rasulullah saw agar tidak bersedih, kerana kekufuran umat beliau. Hal itu bukanlah tanggungjawabnya. Beliau hanya berkewajipan menyampaikan risalah yang diamanatkan Allah swt. Makna ayat (Sesungguhnya orang-orang ka?r, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman) menurut riwayat, Ali bin Abu Thalhah dari lbnu Abbas bahawasanya Rasulullah saw selalu berusaha seoptimal mungkin menjaga keimanan seseorang. Rasulullah saw begitu sabar dalam menyampaikan dakwah, agar mereka mahu mengikuti ajaran yang beliau bawa, Beliau selalu menegaskan bahawa keimanan akan menuai kebahagiaan dan rahmat Allah swt sebaliknya kekufuran akan menuai kesesatan dan kemurkaan Allah swt.
Rujukan: 1999: 28-29 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Menurut Ibnu Abbas kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan para pendeta Yahudi di sekitar Madinah yang menolak dan mengingkari ciri-ciri kenabian (nubuwwat) Nabi Muhammad saw. Penafsiran ini menurut At-Thabari adalah penafsiran yang paling tepat dibanding penafsiran yang lain kerana kata kufr sendiri secara etimologinya bererti menutupi. Kata ini sangat sesuai ditujukan kepada para pendeta Yahudi di Madinah kerana mereka telah menyembunyikan dan menutup ciri-ciri kenabian (nubuwwat) Nabi Muhammad saw padahal mereka sangat mengenali nubuwwat itu seperti mengenali anak-anak mereka sendiri. Para pendeta Yahudi di Madinah itu mengingkari nubuwwat Nabi Muhammad saw yang secara jelas telah disebutkan di dalam kitab suci mereka. Sedangkan Allah telah mengambil perjanjian agar mereka tidak menyembunyikan hal itu dan menyampaikannya kepada seluruh umat manusia. Namun, mereka terus menutup bahkan menolak nubuwwat tersebut sehingga sama saja, hendak diperingatkan atau tidak oleh Nabi Muhammad saw mereka tidak akan beriman. Adapun sebabnya kerana Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka sehingga mereka tidak mampu memahami peringatan dari Allah swt, tidak dapat mendengar peringatan dari Nabi Muhammad saw mengenai azab yang akan mereka terima akibat kekufuran mereka, sedang penglihatan mereka sudah tertutup sehingga tidak lagi melihat hidayah dari Allah, sebagai alternatif bagi jaIan hidup mereka yang salah, jelek dan sesat.
Rujukan: 2001: 258-272 (Tafsir al-Tabari)