At-Taubah (9) : 63 (Blok: 62-63)
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar
TAFSIR
Berkaitan dengan firman Allah, (Mereka bersumpah kepadamu dengan (nama) Allah untuk menyenangkan kamu padahal Allah dan rasul-Nya lebih pantas mereka cari keredhaan-Nya jika mereka orang mukmin) Qatadah berkata, "Diceritakan kepada kami bahawa seorang munafik berkata, 'Demi Allah mereka adalah pilihan dan kebanggan kami, seandainya apa yang dikatakan Muhammad itu benar maka mereka seperti keldai.' Seorang muslim mendengar perkataan orang munafik itu, lalu berkata, 'Demi Allah apa yang dikatakan Muhammad itu benar dan engkau lebih buruk daripada keldai.' Lelaki itu lalu mendatangi Rasulullah lalu mengkhabarkan kepada beliau apa yang dikatakan oleh orang munafik itu. Beliau mengirim utusan untuk memanggil orang munafik itu, lalu beliau berkata, 'Apa yang membuatmu berkata dernikian' Orang munafik itu lalu bersumpah bahawa ia tidak pernah mengatakan demikian. Lelaki muslim berkata, 'Ya Allah! Tunjukkanlah yang benar itu benar dan yang bohong itu bohong.' Maka turunlah ayat tersebut." Allah kemudian berfirman, (Tidakkah mereka (orang munafik) mengetahui bahawa barang siapa menentang Allah dan rasul-Nya) yakni apakah kalian tidak mengetahui barang siapa yang menentang Allah iaitu menyusahkan, memerangi dan mengingkari-Nya, maka Allah dan Rasul-Nya juga akan menentangnya, (Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah baginya, dia kekal di dalamnya) yakni terhina dan diazab, "ltulah kehinaan yang besar." Hal itu merupakan penghinaan dan kesengsaraan yang luar biasa.
Rujukan: 1999: 460 (Tafsir Ibn Katsir)