At-Taubah (9) : 58 (Blok: 58-59)
Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.
At-Taubah (9) : 58
Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.
TAFSIR 1
Allah berfirman, (Dan di antara mereka) yakni di antara orang-orang munafik, (Ada yang mencelamu) yakni mencelamu (Tentang (pembahagian) sedekah (zakat)) yakni jika kamu membaginya mereka menuduhmu dalam pembahagian itu. Mereka adalah orang-orang yang suka menuduh. Namun begitu, mereka tidak mengingkari agama Islam tetapi mereka mengingkari atas bahagian yang mereka terima. Oleh kerana itu, (Jika mereka diberi bahagian, mereka bersenang hati dan jika mereka tidak diberi bahagian, tiba-tiba mereka marah) yakni mereka marah terhadap mereka sendiri. Berkaitan dengan firman-Nya, (Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentang (pembahagian) sedekah (zakat)) Qatadah berkata. "Yakni di antara mereka ada yang memfitnahmu mengenai pembahagian sedekah tersebut. Diceritakan kepada kami bahawa ada seorang lelaki dari Badawi yang mendatangi nabi, pada saat itu beliau sedang membagi-bagikan emas dan perak. Lelaki tersebut berkata, "Wahai Muhammad! Demi Allah jika Allah menyuruhmu untuk adil, kamu tidak akan berlaku adil.' Nabi berkata, 'Celaka kamu. Siapa yang akan berlaku adil kepadamu setelah aku?' Kemudian Nabi bersabda, 'Berhati-hatilah kalian terhadap orang ini dan yang serupa dengan orang ini. Sesungguhnya di antara umatku ada orang serupa dengannya, mereka membaca Al-Quran tetapi tidak menyentuh / merasuk ke dada mereka, maka bunuhlah jika mereka keluar, kemudian bunuhlah jika mereka keluar kemudian bunuhlah Jika mereka keluar.' Begitu juga diriwayatkan kepada kami bahawa Nabi saw bersabda, Demi Zat yang Jiwaku berada dalam kuasa-Nya, sesungguhnya aku tidak memberi kalian sesuatu dan aku tidak memboikot kalian sesuatu. Aku hanyalah seorang bendahara. Allah kemudian berfirman, (Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Rasul-Nya, dan berkata 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.) Ayat ini mengandungi adab yang tinggi dan rahsia yang agung iaitu redha terhadap apa yang diberikan oleh Allah dan RasuI-Nya serta bertawakal hanya kepada Allah iaitu firman-Nya, (Mereka berkata, Cukuplah Allah bagi Kami) Begitu juga berharap hanya kepada Allah dalam memohon taufik untuk mentaati Rasulullah dan melaksanakan segala perintah beliau, menjauhi seluruh larangan beliau, membenarkan setiap berita yang dibawa oleh beliau serta mengikuti jejak beliau.
Rujukan: 1999: 457-458 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud dari ayat tersebut adalah bahawa jika mereka yang mencelamu, wahai Muhamad berkenaan dengan pembahagian zakat, redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata, "Cukuplah Allah bagi Kami, Allah akan memberikan sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya dari zakat dan lain-lain. Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah agar diluaskan kurniaNya bagi kami sehingga kami tidak memerIukan pemberian orang-orang berupa zakat dan lainnya." Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka jika mereka mengetahui.
Rujukan: 2001: 508-509 (Tafsir al-Tabari)