At-Taubah (9) : 34
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
TAFSIR 1
As-Saddi mengatakan, "Orang-orang alim adalah dari kalangan orang-orang Yahudi sedangkan rahib-rahib adalah dari kalangan orang-orang Nasrani." Hal itu seperti yang ia katakan bahawa makna al-ahbar bererti kaum intelektual atau orang-orang alim dari kalangan orang-orang Yahudi. Sedangkan kata ruhban bererti rahib-rahib dari kalangan Nasrani sementara qissisun adalah para pendeta atau orang-orang alim dari kalangan Nasrani. Maksud peringatan dari para ulama yang jahat dan hamba yang sesat sebagaimana yang dikatakan Sufyan bin Ainah adalah orang yang rosak dari ulama-ulama kita adalah serupa dengan ulama dari orang-orang Yahudi dan hamba yang rosak adalah seperti hamba dari orang-orang Nasrani. Intinya adalah peringatan untuk tidak menyerupai mereka dalam segala perkataan dan perilaku mereka. Hal itu kerana mereka menggerogoti kehidupan dunia dengan (menggunakan tameng) agama, jabatan-jabatan dan kepemimpinan mereka pada manusia. Selain memakan harta haram, mereka juga menghalangi manusia dari mengikuti kebenaran, mereka mencampurkan antara yang hak dan yang batil. Allah swt berfirman, (Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih.) Mereka ini adalah golongan ketiga dari pemimpin-pemimpin manusia kerana manusia bergantung kepada para ulama, hamba-hamba dan tuan-tuan harta, maka apabila keadaan orang-orang tersebut rosak maka rosaklah keadaan manusia.
Rujukan: 1999: 450 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud dari ayat (Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah) ini adalah pemberitahuan kepada orang-orang yang beriman tentang perilaku orang-orang Yahudi dan Nasrani. Bahawa sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil iaitu menerima suap dalam menetapkan hukum, mengubah Kitab Allah dan membuat Kitab dengan kreasi mereka, lalu mengatakan "Ini dari Sisi Allah." Mereka mencegah orang yang hendak masuk Islam dengan cara melarang mereka untuk masuk Islam. Pemaknaan ini sesuai dengan pendapat As-Saddi "Al-Ahbar itu dari kalangan Yahudi, Ar-Ruhban dari kalangan Nasrani. Ada pun Sabilillah adalah Muhammad saw"
Rujukan: 2001: 424-436 (Tafsir al-Tabari)